• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Diplomat, Anak Tidak Mengaku Tanam Pokok Ganja

oleh AK-47
08/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Bekas diplomat bergelar Datuk dan anaknya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 102 pokok disyaki pokok ganja di Mahkamah Sesyen Raub pada Rabu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tertuduh, Datuk Zainal Abidin Alias, 78, dan Mohamed Rizal Zainal Abidin Alias, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Kedua-dua tertuduh turut memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menanam 102 pokok ganja di Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik, Bentong pada jam 6.10 petang, 21 Mei lalu.

Kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan maksimum enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohammad Khalid Ab Karim bersama Hayda Faridzal Abu Hasan dan Anisah Pisol manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan kes disebut semula 22 Julai depan.

Sementara itu, Rahmat turut memberitahu mahkamah satu surat representasi dihantar ke Pejabat Peguam Negara 2 Jun lalu.

-Sinar Harian

Tags: Bekas Diplomattanam pokok ganja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isham Jalil Bukan Lagi Ketua Penerangan BN Selangor

Next Post

Pendapatan Isi Rumah RM10,000 Sebulan Boleh Dicapai

Related Posts

3 Ditahan Tanam 54 Pokok Ganja Dalam Kondo Mewah

12/12/2019
0

GEORGE TOWN - Dua lelaki dan seorang wanita ditahan di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara, Kuala Lumpur Isnin lalu,...

Next Post

Pendapatan Isi Rumah RM10,000 Sebulan Boleh Dicapai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd