Sample Page Title

Bekas peguam negara, Tommy Thomas mempertahankan keputusannya untuk merayu keputusan Mahkamah Majistret yang membebaskan jurujual, Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal pada 2019.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Berikutan keputusan itu, pendakwa raya merujuk kepada Thomas dan mengesyorkan supaya rayuan dilakukan. Ketika itu Thomas memutuskan untuk merayu keputusan Mahkamah Majistret yang melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa membela diri.

“Ia akan jadi pendakwa raya yang paling berani, di mana-mana sahaja di dunia, yang enggan atau gagal mendakwa seseorang – seorang pemandu kereta – yang telah bertembung dengan lapan penunggang basikal yang terbunuh. Lapan nyawa terkorban.

“Dan seorang pendakwa raya yang tidak mendakwa (kes sebegitu) akan jadi sangat berani kerana perkara yang paling masuk akal ialah (…) membiarkan mahkamah memutuskan sama ada tertuduh mempunyai pembelaan.

“Jadi, saya tetap dengan keputusan saya dan saya fikir adalah wajar untuk mendakwa dan merayu.

“Jika kita mempunyai kes buruk, maka mahkamah akan membebaskan dan jika kita mempunyai kes yang baik mahkamah akan mensabitkan kesalahan. Ia adalah fungsi mahkamah untuk memutuskan sama ada kita mempunyai kes yang baik atau tidak,” kata Thomas malam tadi.

Thomas berkata demikian semasa program bual bicara dalam talian yang dihoskan oleh pengacara dan Youtuber Ang Woei Shang yang disiarkan secara langsung.

Keputusan kontroversi

Pada 2019, majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.


Dalam penghakimannya, Siti Hajar berkata mahkamah mengambil kira beberapa faktor, iaitu jalan yang gelap, berbukit dan berliku di mana pemandu – yang bukan penduduk setempat di kawasan itu – tidak dapat menjangka akan terdapat sekumpulan penunggang basikal di atas jalan raya pada pukul 3 pagi.

Majistret juga memutuskan remaja berbasikal itu meletakkan diri mereka dalam bahaya.

Bagaimanapun, selepas rayuan, Mahkamah Tinggi di Johor Bahru memerintahkan Sam membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan mempunyai kes prima facie terhadap wanita berusia 27 tahun itu.

Susulan itu, majistret Siti Hajar Ali mendengar perbicaraan itu dan membebaskan serta melepaskan Sam selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan, keputusan yang sekali lagi dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Sam dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan turut didenda RM6,000. Kegagalan membayar denda boleh dikenakan tambahan penjara enam bulan. Sam juga hilang kelayakan memandu selama tiga tahun, berkuat kuasa serta-merta selepas dia menamatkan hukuman penjaranya.

Sam kini dibebaskan dengan ikat jamin dan telah diberikan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan.

“Jadi, ia adalah salah satu perkara di mana anda boleh melihat cara mahkamah berlangsung – keputusan yang berbeza.

“Begitulah sistem perundangan berfungsi. Kita perlu tunggu dan lihat apa yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan,” katanya.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...