• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Di Selangor Bertahan Enam Bulan Ketika Kemarau

oleh AK-47
03/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Bekalan air di Selangor dikatakan mampu menampung keperluan kira-kira 6.5 juta penduduk untuk tempoh sehingga enam bulan jika berlaku cuaca panas atau kemarau yang panjang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Malah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga menyasarkan penyimpanan bekalan melalui kolam tadahan di seluruh negeri bagi kegunaan sehingga sembilan bulan apabila keseluruhan 26 kolam yang disediakan berfungsi sepenuhnya.

Persediaan dilaksanakan pihak berkuasa pengurusan air itu adalah berdasarkan pengalaman cuaca panas tanpa hujan selama dua bulan yang pernah melanda negara sebelum ini.

Menurut Pengarahnya, Hasrolnizam Shaari, sehingga kini terdapat 20 buah kolam tadahan air dekat setiap daerah di seluruh negeri sedang berfungsi yang mampu membekalkan sehingga 5 bilion liter air sehari.

“Jika berlaku kemarau, ita tidak mahu melihat, LUAS terpaksa mencatu bekalan air atau menutup bekalan. Sebab itu hari ini LUAS bekerja keras dengan program-program kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air di simpan dan sedang usahakan semua air disimpan mampu digunakan pada bila-bila masa.

“Kita mungkin akan berhadapan kemarau panjang pada 2025 dan ke atas, itu adalah jangkaan daripada pakar-pakar. Jadi, di Selangor kita membuat alternatif simpanan air melalui Operasi Pengepaman Air Kolam Alternatif (OPAK) dan pengambilan air dari Sungai Klang melalui Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau,” kata beliau dalam Majlis Hi-Tea LUAS bersama Media hari ini.

Katanya, pengaktifan bekalan alternatif dari Sungai Klang dijangka memberikan tambahan 20 hingga 30 peratus daripada bekalan air yang ada ketika ini.

Dalam pada itu, Hasrolnizam turut memaklumkan bekalan air di negeri ini mampu menampung peningkatan penduduk sehingga 1.2 juta di seluruh Lembah Klang.

“Untuk bekalan 5 bilion liter air, kita ada 34 LRA di seluruh negeri, yang terbesar di Sungai Selangor. Di situ sahaja bekalkan 3 bilion liter sehari dari fasa satu hingga tiga. Ada juga loji-loji yang kecil mambu bekalkan air sekitar 10 juta liter sehari.

“Kita juga mampu menampung penambahan penduduk yang dijangka meningkat sehingga 1.2 juta dengan meningkatkan bekalan kepada 6 bilion liter sehari.

-Utusan Online

Tags: bekalan airkemarauselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd