• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Tidak Seharus Dijemput Ke Istana, Kata Dr Mahathir

oleh AK-47
16/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak ke sebuah majlis di istana baru-baru ini dilihat sebagai tidak betul dan tidak molek.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata seseorang banduan tidak sepatutnya dijemput ke istana.

“Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek.

“Ia seolah-olah menunjukkan ada sokongan tertentu daripada istana,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir hari ini diajukan soalan mengenai undangan Najib ke istana oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Mei lalu sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati dan rungutan di kalangan mereka yang tidak bersetuju.

Ini susulan Najib disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International, yang disifatkan sebagai memalukan negara dan terlibat dalam satu lagi perbicaraan berkaitan skandal kewangan terbesar di dunia membabitkan firma pelaburan negara, 1MDB.

Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual menyampaikan keputusannya terhadap kes rasuah isterinya Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak pada 7 Julai.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa pengerusi Pejuang itu sudah dilihat sebagai tidak relevan lagi, Dr Mahathir berkata dia tidak ambil kisah dengan kenyataan berkenaan.

“Itu pendapat dia, orang lain mungkin ada idea lain.

“Dia ada hak untuk menganggap semua orang sebagai tidak relevan,” katanya sinis.

Untuk rekod, Najib yang juga ahli parlimen Pekan melihat Dr Mahathir sebagai tidak relevan selepas parti Pejuang kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

-Malaysia Kini

Tags: banduanDijemputistana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd