Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

DAP Kata Melayu Tak...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kaum Melayu negara ini tidak lagi mempedulikan tentang...

Asyraf Wajdi Terkejut Maszlee...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa...

Malaysian Tigers Tersingkir Awal...

KUALA LUMPUR – Skuad Malaysian Tigers mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Hoki Piala...

Tengku Abdullah Puji Pembaharuan...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini memuji...

Balai Cerap UAE Jangka Hari Raya Haji Disambut Pada 9 Julai 2022

DUBAI – Ahli-ahli astronomi di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) meramalkan bahawa Hari Raya Aidiladha lebih cenderung jatuh pada hari Sabtu bersamaan 9 Julai 2022, lapor laman berita Gulf News.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut Balai Cerap Angkasa Abu Dhabi, Balai Cerap Al Sadeem, anak bulan Islam diramalkan muncul pada Rabu, 29 Jun ini dan menandakan hari terakhir Zulkaedah.

Oleh itu, hari Khamis iaitu 30 Jun, akan menjadi hari pertama bulan Zulhijjah.

Maka, Jumaat bersamaan 8 Julai ini akan menjadi hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Sehubungan itu, Aidiladha 2022 berkemungkinan besar akan disambut pada hari Sabtu, 9 Julai ini kerana ia disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun.

Umat ​​Islam seluruh dunia melakukan ibadah haji pada bulan Zulhijjah dan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ke-10.

-Kosmo Online

Kategori

Leave a Reply