• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arak Tanpa Cukai Kastam Bernilai RM118,691 Dirampas

oleh AK-47
09/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH : Sebanyak 554 liter minuman keras disyaki tidak bercukai bernilai RM118,691 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang dalam dua serbuan di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan di bawah Op Kontraban itu dibuat di Taman Nagasari, Perai, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi hasil maklumat awam.

“Dalam serbuan tersebut, dua warga asing berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun turut ditahan.

“Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shamsol, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

“Dalam hal ini, PPM Wilayah Satu sentiasa menyeru orang ramai untuk menyalurkan semua maklumat berkaitan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, dadah, PATI (pendatang asing tanpa izin) dan lain-lain.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus melalui talian telefon 04-6558222,” jelas beliau.

-Utusan Online

Tags: Arak Tanpa CukaiKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd