Sample Page Title

JAKARTA : Majlis Ulama Indonesia (MUI) bersama barisan pemimpin organisasi Islam sepakat meminta Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menilai perbuatan dan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai kegiatan jenayah dalam Rang Undang-Undang Jenayah (RKUHP).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan mengenai LGBT yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Dakwah MUI.

Dalam rundingan yang dilakukan, pihak terlibat mendesak kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat menjadikan perbuatan homoseksual secara umum sebagai perbuatan jenayah.

Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI, Ahmad Zubaidi berkata, MUI bersama semua organisasi Islam menolak sekeras-kerasnya amalan LGBT, termasuk perkahwinan sejenis yang diperjuangkan oleh golongan tersebut.

“Dalam agama Islam, perbuatan dan budaya LGBT amat ditegah dan amat keji.

“MUI dan organisasi Islam di seluruh negara menentang perbuatan itu dan mahu kerajaan menilainya sebagai kegiatan jenayah yang boleh dikenakan hukuman jika disabit kesalahan,” katanya kepada CNN Indonesia.


Selain itu, Ahmad juga meminta kerajaan menyekat semua fahaman dan pengaruh LGBT menerusi media yang ketika ini disifatkan terlalu berleluasa.

Turut senada, Ketua MUI Bidang Dakwah, Cholil Nafis yang menyeru kerajaan supaya mengeluarkan peraturan undang-undang yang melarang perilaku LGBT.

“Dengan langkah ini, kegiatan songsang itu dapat dikawal dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Cholil turut menegaskan amalan LGBT hanya merugikan bangsa Indonesia.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Segerakan Perolehan MRSS: Yazid

LUMUT - Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada 2024...

PM Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis...

Hukuman Penjara Farid Kamil Diketepikan

Putrajaya : Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan...

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap...

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...