Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Kami sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail ketika ditanya berkata, notis rayuan telah difailkan melalui e-filing pada Rabu.

Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan notis rayuan agar Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.


Pada 21 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman melepas dan membebaskan Samirah, 47 dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun, atas pertuduhan membunuh Nazrin, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Dalam penghakimannya, Ab Karim memutuskan keterangan yang menunjukkan bahawa Samirah dan dua remaja adalah orang terakhir bersama si mati, tidak boleh dikatakan menjurus kepada kesalahan membunuh Nazrin.

Hakim juga memutuskan tiada bukti langsung yang menunjukkan bahawa mereka bertiga melakukan kesalahan (pembunuhan).

Samirah serta dua remaja dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 dan jam 4 pagi 14 Jun 2018.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...