Sample Page Title

JOHOR BAHRU: Sebanyak 56 buah motosikal yang diletakkan di tepi jalan di sekitar pusat bandar di sini disita penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam operasi bersepadu pada hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, operasi bersama polis itu menyita motosikal yang diletakkan di tempat awam sekitar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta di Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Tun Abdul Razak, di sini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil ekoran aduan diterima berkaitan masalah kekotoran yang berpunca daripada penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, motosikal yang diletakkan di kawasan tersebut juga menjadi punca kejadian kecurian motosikal meningkat di sekitar lokasi terbabit.

“Tindakan sitaan dilakukan bagi mencegah kehilangan motosikal yang diletakkan di tempat awam selain menyalahi undang-undang di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran (MBJB) Pindaan 2004.


“Kesemua motosikal yang disita disimpan di Depoh Penyimpanan Kenderaan Sitaan MBJB. Operasi sitaan motosikal ini akan dijalankan dari masa ke semasa sehingga masalah ini tidak berulang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, terdapat beberapa netizen yang pulang kerja dari Singapura resah apabila mendapati motosikal yang diletakkan di tempat awam sudah ‘hilang’.

Justeru, Mohd. Noorazam berkata, orang ramai boleh membuat semakan kenderaan yang ditunda melalui MyVis di pautan https://mobile.mbjb.gov.my/vis$/vis/vis039senopt.asp.

“Orang awam dinasihatkan agar meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam,” katanya.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...