Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Amuk: Polis Tahan Suspek...

BALING - Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak memukul adik lelakinya yang lumpuh...

Britain Sedia Bertempur Dengan...

LONDON – Britain menyatakan kesediaannya untuk berperang dengan Rusia sekiranya Moscow melancarkan serangan...

5 Modul, 3 Sub-Modul...

KLUANG - Kerajaan bakal memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Program Latihan...

Bukan Anak Saya- Bapa

Menerusi hantaran di laman media sosial itu, Izanie QY Runner menjelaskan, video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang memandu simulator kereta lumba yang diviralkan di laman media sosial lain merupakan anaknya dan tiada kaitan dengan kes kemalangan berkenaan."Budak ini ke (merujuk kepada video anaknya bermain simulator kereta lumba). Kalau awak cakap budak ini (bermakna) awak dah fitnah," tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

200,000 Liter Minyak Diesel Dirampas, 7 Ditahan

Kota Tinggi : Sebanyak 200,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM430,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di tepi jalan berhampiran Kampung Belungkor di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, dalam serbuan Op Kontraban itu, seramai sebelas individu ditahan iaitu tujuh lelaki tempatan dan empat warga asing berusia antara 30 hingga 55 tahun.

“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek sedang memindahkan minyak diesel dari lori ke dalam bot, kira-kira jam 8.30 malam.

“Hasil soal siasat, minyak diesel itu akan dijual ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Muhd Zailani, semua yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen sama ada memiliki, menyimpan atau membawa barang kawalan berkenaan.


Selain diesel, Muhd Zailani berkata, pihaknya turut merampas sebuah tug bot yang diubah suai, tiga lori, lima tangki dan lima pam.

“Nilai anggaran keseluruhan barang rampasan bernilai kira-kira RM5.5 juta. Semua barang rampasan dan suspek diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Katanya, pihaknya menyeru orang ramai terutamanya masyarakat maritim supaya menyalurkan sebarang maklumat perlanggaran undang-undang seperti jenayah kepada pihak berkuasa terutamanya PPM Wilayah Dua Johor di talian 07-2372221 atau 07-2372222.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori