• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Ditahan, 3 Lagi Diburu Menyamar Polis, Pukul Lelaki Warga Ghana

oleh AK-47
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2 Ditahan, 3 Lagi Diburu Menyamar Polis, Pukul Lelaki Warga Ghana
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Tindakan lima lelaki menyamar sebagai anggota polis dan memukul lelaki warga asing di kawasan parkir di Jalan Tun Razak, di sini, selepas didakwa menipu seorang daripada mereka sebanyak RM2 juta, mengundang padah apabila dua daripadanya ditahan polis, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian 2.15 petang itu, pihak pengurusan di kawasan itu menerima panggilan berkaitan berlaku pergaduhan di kawasan parkir kereta.

Menurutnya, pengadu kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lima lelaki memukul lelaki warga Ghana dengan gari dan sebatang kayu.

“Pengadu kemudiannya bertanya kepada salah daripada lelaki terbabit dan dia memaklumkan bahawa lelaki warga asing ini scammer dan suspek mendakwa ditipu RM2 Juta.

“Suspek ingin lelaki terbabit ke Balai Polis Bukit Aman dan memaklumkan bahawa mereka adalah anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7),” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Ashari berkata, pengadu seterusnya memberitahu mereka tidak boleh membawa keluar lelaki itu selagi polis belum sampai.

“Tidak lama kemudian, mereka tergesa-gesa beredar dari kawasan parkir itu walaupun pengadu beritahu kepada mereka untuk menunggu polis sampai.

“Pengadu sempat mengambil gambar kereta yang dinaiki lima suspek dan akibat pergaduhan itu sebuah kereta yang di parkir bersebelahan dipenuhi darah mangsa pukul,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian mangsa dipercayai menipu wang pelaburan suspek menyebabkan dia tidak berpuas hati dan menyerang lelaki warga asing itu.

“Mangsa juga sudah membuat laporan polis namun menghilangkan diri selepas itu.

“Pihak pengurusan terbabit turut tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, susulan itu dua suspek ditahan bagi membantu siasatan sementara yang lain sedang dikesan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang serta menyamar penjawat awam,” katanya.

-Harian Metro

Tags: ditahanmenyamar polispolispukul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd