• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,163 Pesawah Pekan Sudah Terima RM3.05 Juta Bantuan TBTP

oleh Mohd Arshad
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN : Seramai 1,163 pesawah di daerah ini yang tanaman padi mereka musnah akibat banjir besar akhir tahun lalu, sudah menerima bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP), setakat 31 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan, Muhamad Khalil Idris, berkata RM3.05 juta daripada keseluruhan jumlah bantuan hampir RM3.21 juta, telah dikreditkan ke dalam akaun bank pesawah terbabit.

Bagaimanapun, beliau berkata, 40 lagi daripada keseluruhan 1,203 pesawah yang mengalami kerugian itu, belum menerima bantuan berkenaan.

“Ia disebabkan akaun bank pesawah terbabit tidak aktif, ditutup atau menggunakan akaun orang lain.

“Masalah itu diketahui selepas menerima aduan pesawah terbabit pada 19 Mei lalu berhubung kelewatan bayaran bantuan TBTP,” katanya, di sini, semalam.

Justeru, Muhamad Khalil berkata, IADA bersama Agrobank sedang berusaha mengatasi masalah itu, termasuk menjejaki pesawah yang mempunyai akaun bermasalah.

Beliau berkata, pihaknya sudah berhubung dengan pegawai Agrobank bagi mendapatkan penjelasan untuk dimaklumkan kepada semua pesawah terbabit.

“Saya difahamkan RM3.21 juta diluluskan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi TBTP untuk diagihkan kepada 1,203 pesawah di Pekan yang tanaman padi mereka musnah ditenggelami banjir, hujung tahun lalu hingga awal tahun ini, membabitkan kawasan Skim Pahang Tua, Skim Ganchong serta Skim Merchong.

“TBTP yang disediakan kerajaan bukan ganti rugi, sebaliknya wang ihsan bagi menampung beban sebahagian kerugian yang ditanggung pesawah terbabit,” katanya.

-Berita Harian

Tags: bantuanBantuan TBTPPesawah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd