Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

10 Negara Dengan Capaian...

KOREA Selatan diumumkan sebagai negara yang mempunyai capaian Internet terpantas di seluruh dunia...

Nelayan 75-80 Tahun Kini...

SEBUYAU - Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat sekali lagi terserlah apabila...

PPBM Punca Bersih 5...

BAYANGKAN lebih 200,000 umat Islam tunjuk perasaan protes terhadap Gabenor Jakarta di ibu...

‘Kita Akan Lihat Apa...

KUALA LUMPUR : Tindakan pihak berkuasa membawa pulang individu dikaitkan dengan skandal 1Malaysia...

100,000 Warga Singapura Jalani Pemetaan DNA

SINGAPURA: Republik ini sedang menjalankan misi pemetaan DNA dan set lengkap gen bagi 100,000 warga negaranya, bagi merungkai petunjuk yang dapat memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan penduduk.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dengan meneliti gen dan meneroka proses biologi peringkat molekular, doktor dan penyelidik boleh mengetahui punca di sebalik barah dan penyakit kronik serta mengenal pasti cara baru mencegah atau memperlahankan perkembangan penyakit.

Pengarah Eksekutif Precision Health Research, Singapura (Precise), Prof Patrick Tan, berkata langkah itu dapat memberi laluan kepada ubat-ubat baru dan diagnostik lebih pantas.

“Pangkalan data ini akan menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai kesihatan warga Singapura dan risiko penyakit yang boleh dihadapi.

“Pendekatan ini menyasarkan rawatan menerusi perubatan terperinci,” katanya yang akan memimpin kajian penduduk itu,” katanya, menurut laporan Berita Harian Singapura.

Tambah Prof Tan, sampel biologi lain, termasuk air liur dan najis akan dikumpul dan dibekukan bagi penyelidikan perubatan terperinci pada masa akan datang.

Sepanjang tiga tahun akan datang, seluruh 100,000 genom warga Singapura yang sihat – berusia antara 30 dengan 80 tahun – akan menjalani penjujukan dan dianalisis bagi menghasilkan salah satu data penyelidikan terbesar Singapura.

Peserta Melayu dan India membentuk 40 peratus daripada 100,000 warga Singapura itu dan bakinya masyarakat Cina.

Projek yang diberi nama SG100K itu bakal menjadi salah satu daripada pangkalan data genom panduan utama Asia memandangkan kepelbagaian etnik Singapura meliputi lebih daripada 80 peratus kepelbagaian di Asia.

Baru-baru ini, Precise dan Illumina yang juga teknologi genomik utama, menandatangani satu perjanjian kerjasama bagi memulakan usaha SG100K itu, yang turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat.

Kesemua penjujukan genom itu berjumlah 20 petabait data – yang sama dengan sekitar 200,000 filem berdefinisi tinggi.


Sebagai perbandingan, otak manusia boleh menyimpan sekitar 2.5 petabait memori.

Kata Swee Keat, sehingga kini, projek berkenaan menarik 70,000 peserta daripada kajian kohort sedia ada dan sedang berusaha untuk menarik baki 30,000 peserta pada kadar 300 peserta setiap minggu.

“Kefahaman kaitan data klinikal genomik membolehkan terapi disasarkan kepada pesakit yang lebih berkemungkinan memberikan maklum balas, mengelak reaksi ubat yang teruk dan memaksimumkan keberkesanan ubat dengan memberikan dos yang optimal.

“Perubatan terperinci boleh memperbaiki hasil kesihatan pesakit dan menjadikan jagaan kesihatan lebih berkesan dari sudut kos,” katanya.

Beliau turut melawat kawasan Illumina di Woodlands dan menambah bahawa Precise mempunyai tahap keselamatan yang kukuh bagi melindungi kerahsiaan peribadi dan data yang dikumpul daripada orang ramai.

Baki 30,000 peserta akan didapatkan kebanyakannya menerusi rujukan kelompok jagaan kesihatan dan daripada mereka yang mendaftar untuk kajian kohort penduduk The Health For Life In Singapore, pimpinan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian.

Di bawah projek SG100K, sampel darah peserta akan dihantar untuk penjujukan genom menyeluruh.

Data genomik juga akan dikaitkan kepada ukuran kesihatan fizikal lain yang diambil daripada para peserta.

Ini bermakna peserta perlu menjalani ujian sepanjang hari termasuk diperiksa gula dalam darah dan kadar kolesterol, satu ujian kecergasan menggunakan alat pengesan serta menjawab soalan mengenai gaya hidup mereka.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori