Sample Page Title

PUTRAJAYA: Datuk Zuraida Kamaruddin masih belum dianggap sudah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi susulan penyertaannya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata surat yang dikeluarkan Ahli Parlimen Ampang itu menyatakan beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengakui beliau sendiri belum meneliti surat berkenaan, Wan Junaidi berkata, Zuraida menyatakan akan membincangkan persoalan berhubung jawatannya sama ada akan melepaskannya atau sebaliknya selepas bertemu Perdana Menteri.

“Persoalannya, orang boleh bincang dengan Perdana Menteri, macam mana kalau Perdana Menteri berkata “Zuraida tak payah lah nak ‘resign’ (letak jawatan) dulu… tunggulah.

“Kalau Perdana Menteri menasihatkan beliau begitu, mungkin beliau akan meneruskan jawatannya.

“Ini tidak menjadi masalah kerana memang selalu orang berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung dengan perkara sama, cerita yang sama, oleh kerana tidak puas hati dengan sesiapa sajalah,” katanya pada sidang media, hari ini.


Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, beliau sendiri tidak boleh mendalami atau atau terbabit dengan isu ketidakpuasan hati Zuraida dan parti politik yang disertainya sebelum ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Zuraida pagi tadi yang mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan keluar daripada BERSATU untuk menyertai PBM.

Desas desus mengenai kedudukan Zuraida dalam BERSATU dan kerajaan sudah lama bertiup sejak awal tahun ini selepas dilihat terbabit dalam pelbagai aktiviti bersama PBM seperti bantuan banjir dan seumpamanya dengan bukti gambar yang diperoleh daripada media sosial.

Malah, pada Disember lalu Zuraida dilaporkan menyatakan kesediaan mempertimbangkan pelawaan untuk mengetuai PBM.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...