Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Keluarga Perlu Didik, Awasi...

KUALA LUMPUR - Institusi keluarga memainkan peranan utama dalam mendidik setiap anggotanya agar...

Tindakan Pijak Gambar Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Tindakan memijak gambar pemimpin pada perhimpunan Bersih 4 minggu lalu...

Senator BN Lulus SST,...

KUALA LUMPUR - Senator Barisan Nasional (BN) meluluskan empat rang undang-undang di Dewan...

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan:...

TIAP kisah perjuangan pasti ada ikhtibar. Apa lagi kisah mengenai kemerdekaan. Sejarah kita...

Zoo Negara Sahkan Tiada Harimau Terlepas

Zoo Negara mengesahkan tiada harimau terlepas dari premisnya susulan tular insiden haiwan itu dikatakan dilihat di sebuah kawasan perumahan di Kemensah Height, Hulu Kelang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah berusaha menjejaki haiwan itu namun gagal kerana maklumat yang diperoleh tidak lengkap.

Katanya seorang pengawal keselamatan yang didakwa terserempak dengan harimau itu tidak dapat dikesan sehingga kini dan tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung individu terbabit.

“Bagi menjamin keselamatan penduduk, polis mempertingkat rondaan sekitar tempat kejadian,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.


Mohamad Farouk berkata Perhilitan masih berada di tempat kejadian dalam usaha mengesan harimau terbabit namun setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden itu selain tiada saksi yang tampil memberi keterangan.

Dia menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan mengingatkan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang belum disahkan.

Tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini bahawa seorang pengawal keselamatan warga asing terserempak dengan haiwan liar itu berdekatan tiang lampu di Kemensah Height.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori