• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid: Segerakan RUU Lompat Parti Lepas Zuraida Keluar Bersatu

oleh AK-47
26/05/2022
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Umno menuntut undang-undang antilompat parti disegerakan, susulan langkah terbaru Zuraida Kamaruddin yang bertukar parti daripada Bersatu kepada Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

“Apabila Zuraida yang pernah keluar dari PKR kemudian menyertai Bersatu dan kini keluar pula untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) ia memberikan seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

“Tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja.

“Tindakan ini sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis. Ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai PBM, namun dia akan tetap menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Zuraida sebelum ini merupakan naib presiden PKR dan menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata tidak mustahil tanpa pindaan undang-undang disegerakan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang.

“Perdana menteri perlu melihat perkara ini serius dan tidak lagi berkompromi kepada mana-mana melompat kemudian kekal jawatan menteri kabinet.

“Ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

“Ramai lagi ahli parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan menteri yang dipegang Zuraida,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: BERSATURUU Lompat PartiZahid Hamidizuraida
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding Kes Bella Dipercepatkan

Next Post

Tempoh Guru Interim Lanjut Setahun Lagi

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Tempoh Guru Interim Lanjut Setahun Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd