• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Enggan Bincang Kemasukan Taiwan

oleh AK-47
23/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA: Perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini enggan berbincang mengenai isu menerima Taiwan ke mesyuarat itu, dengan tekanan dari China dan walaupun terdapat rayuan daripada beberapa negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Taiwan disekat daripada menghadiri perhimpunan itu sejak beberapa tahun lalu oleh China, yang menganggap pulau itu sebagai wilayah pemberontak yang akan disatukan semula dengan tanah besar.

Terdapat banyak gesaan supaya Taiwan dibenarkan masuk sebagai pemerhati, terutama selepas pandemik COVID-19 menekankan kepentingan kerjasama global dalam mengekang penyakit berjangkit.

“Ketika kita terus memerangi COVID-19 dan ancaman kesihatan lain yang muncul, pengasingan Taiwan daripada forum kesihatan global yang terkemuka adalah tidak wajar dan menjejaskan kerjasama kesihatan awam global yang inklusif,” kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, minggu lalu.

Pada permulaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 itu, wakil dari 13 dalam kalangan 194 negara anggota WHO, termasuk Belize, Eswatini, Haiti dan Tuvalu, membentangkan cadangan untuk meletakkan tawaran status pemerhati tetap Taiwan ke dalam agenda.

Dengan menggariskan mengenai penularan pandemik COVID-19 yang masih meluas, teks berkenaan memberi amaran yang “pengecualian berterusan Taiwan daripada WHO dengan serius menjejaskan usaha pencegahan penyakit WHO secara keseluruhan, menjejaskan kepentingan ahlinya dan kesihatan global.”

Ia juga menekankan tindak balas “luar biasa” Taiwan terhadap krisis COVID-19, di mana pulau yang mempunyai lebih 23 juta orang itu hanya merekodkan lebih 1,300 kematian sejak wabak itu muncul.

“Perkhidmatan perubatan dan sistem penjagaan kesihatan sejagat Taiwan adalah antara yang terbaik di dunia, menjadikan Taiwan model ideal untuk dipertimbang banyak negara anggota WHO,” kata teks itu, yang menegaskan komuniti global akan mendapat manfaat daripada kemasukan Taiwan.

Sebuah jawatankuasa WHA membincangkan isu itu secara tertutup, semalam dan mencadangkan kepada perhimpunan penuh, hari ini untuk mengenepikan isu itu daripada agenda.

Selepas dua negara bagi setiap pihak diminta membentangkan pendirian mereka, perhimpunan bersetuju supaya isu itu tidak boleh dimasukkan dalam agenda.

Duta Besar China, Chen Xu, dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata, cadangan itu adalah “manipulasi politik” dan mendakwa “matlamat sebenarnya adalah untuk mendapatkan kemerdekaan melalui wabak itu.”

Wakil Eswatini menolak dakwaan itu dan menegaskan “penyertaan Taiwan dalam WHA adalah isu kesihatan, bukan isu politik.”

BHonline-

Tags: Covid-19taiwanwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd