• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia Dapat Sambutan

oleh AK-47
08/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tumpat : Kerajaan Kelantan meminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meneruskan perkhidmatan tren ekspres khas sempena perayaan bagi mengurangkan kesesakan trafik di negeri itu apabila perantau pulang ke kampung halaman.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata inisiatif tersebut dapat memenuhi permintaan perantau yang mencari kaedah alternatif untuk pulang ke kampung semasa cuti sambutan perayaan di negara ini.

“Kita sedia maklum aliran trafik di Kelantan sentiasa sesak terutamanya pada musim cuti perayaan, jadi dengan adanya tren ekspres khas ini ia membantu mengurangkan kesesakan dan kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia Aidilfitri di Stesen KTM Wakaf Bharu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia yang mendapat permintaan tinggi daripada perantau boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk KTMB meneruskan inisiatif menyediakan perkhidmatan tersebut pada sambutan perayaan akan datang.

“Selain harga tambang berpatutan, tren khas ini menjadi pilihan dan mendapat sambutan berikutan dilengkapi kemudahan seperti koc tempat tidur, tandas dan kafe bagi memberikan keselesaan kepada penumpang.

“Walaupun perjalanan lama, ia sedikit sebanyak mengurangkan jumlah kenderaan di jalan dan memberi keselamatan kepada perantau yang mahu pulang ke kampung,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zain berkata, Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia menawarkan sebanyak 696 tempat duduk bagi laluan Tumpat ke KL Sentral dijangka tiba pada 3.04 petang hari ini.

“Mengikut rekod kami sebanyak 803 tiket terjual, ia melebihi tempat duduk yang ditawarkan berikutan terdapat penumpang yang turun dan naik di beberapa sektor di sepanjang laluan itu.

“Kami sedang melakukan kajian untuk meneruskan perjalanan tren ekspres khas ini berikutan mendapat permintaan,” katanya.

Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia berlepas dari KL Sentral telah membawa seramai 815 penumpang pulang berhari raya ke Kelantan pada 29 April.

-Harian Metro

Tags: keluarga malaysiaTren Ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8.7 Juta Keluarga Malaysia Nikmati Manfaat Inisiatif BKM

8.7 Juta Keluarga Malaysia Nikmati Manfaat Inisiatif BKM

12/11/2022
1

MUAR : Sejak diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022, inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah memanfaatkan kira-kira 8.7 juta penerima. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum Sambutan Hari Kebangsaan 2022

31/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Keluarga Malaysia berbilang kaum yang hadir di sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini, teruja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd