Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Enggan Komen...

KLANG - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang ulasan berkenaan pendedahan Naib...

Sedekah: Wanita Myanmar Didenda...

KUALA LUMPUR - Meminta sedekah adalah suatu kesalahan, dan seorang wanita warga Myanmar...

Perodua Jangka Jualan Aksesori...

KUALA LUMPUR -Perodua menjangka sumbangan jualan aksesorinya kepada segmen selepas jualan meningkat dua...

Runtuhan Kuari, Seorang Hilang,...

Ipoh : Seorang pekerja kuari dilaporkan hilang manakala seorang parah selepas tertimbus runtuhan...

Tiga Rakyat Malaysia Mangsa Pemerdagangan Rayu Diselamatkan

IPOH: Keluarga tiga lelaki rakyat Malaysia yang masing-masing terkandas di Thailand, Kemboja dan Myanmar akibat menjadi mangsa pemerdagangan manusia, merayu kerajaan membawa mereka pulang ke negara ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketiga-tiga mereka hanya mahu dikenali dengan identiti sebagai Ah Choong, 22, kini berada di Myanmar; Ah Meng, 32, di Kemboja dan Ah Kit, 34, di Bangkok, Thailand.

Mereka dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia apabila terperangkap dengan tawaran iklan kerja yang menarik di negara tersebut. Mereka sudah berada di negara tersebut sejak Disember tahun lalu.

Begitupun, setakat ini tiada maklumat mengenai pekerja mereka di negara tersebut kerana mereka tidak dapat mendedahkannya semasa menghubungi ahli keluarga mereka di sini. Ini kerana dipercayai mereka dipantau semasa membuat panggilan telefon dengan ahli keluarga di sini.

Emak kepada salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Madam Lee, 60, berkata, kali terakhir dia dapat menghubungi anaknya, Ah Kit pada bulan Februari lalu melalui aplikasi Messenger di Facebook.

Menurutnya, anaknya itu mengadu rasa tertekan dan mahu pulang dengan segera malah ada menghantar lokasinya bekerja di Thailand melalui aplikasi Messenger di Facebook.

“Anak saya tidak diberi gaji tetapi hanya diberi makan sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MCA Perak di sini hari ini.

Menurut Lee, dia percaya anaknya itu dipantau oleh pihak tertentu semasa menghubunginya, ini kerana apabila ditanyakan soal pekerjaan, anaknya itu akan mengelak soalan itu, seperti ada orang yang memantau perbualan mereka.

“Kini sudah tiga minggu saya tidak dapat menghubungi anak saya itu. Saya sangat risau keadaannya, saya merayu agar pihak berkuasa membantu menyelamatkan anak saya,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara Ah Choong yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran, Ah Lee, 48, berkata, dia mula menyedari masalah yang dihadapi anak saudaranya itu apabila menerima pemberitahuan berlaku transaksi bank sebanyak 55 kali pada telefon miliknya.


Menurut Ah Lee, dia telah menerima wang sebanyak RM90,104 ke dalam akaun anak saudaranya dalam masa dua hari melalui pemberitahuan transaksi yang disyaki sindiket scam.

“Sejak pertengahan Mac lalu, kami ambil maklum tentang kehilangan Ah Choong bersama teman wanitanya yang menetap di Kedah sehinggalah saya dihubungi olehnya yang meminta wang pampasan untuk kembali pulang ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipercayai terpedaya dengan tawaran iklan pekerjaan di Myanmar yang menjanjikan gaji yang lumayan.

“Anak saudara saya itu memberitahu dia hanya diberikan makan dua kali sehari. Dia juga akan dipindahkan ke syarikat lain kerana tugasnya sebagai khidmat pelanggan tidak begitu baik selain hanya boleh menggunakan telefon selepas habis waktu bekerja,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Kemboja, Ah Meng menghubungi bapanya dengan tujuan meminta wang sebanyak $AS10,000 dan memberitahu kini bekerja dengan sindiket ‘scammer’.

Dalam pada itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan berkata, setakat ini, pihaknya menerima tiga aduan berkaitan kes pemerdagangan manusia rakyat Malaysia di Kemboja, Myanmar dan Thailand.

Menurutnya, pihaknya memohon bantuan daripada pihak berkuasa termasuk polis Asean dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyelamatkan mangsa.

“Kami menunggu tindakan daripada polis dan sedang menunggu Interpol untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori