• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Pertimbang Larang Eksport Minyak Sawit

oleh Mohd Arshad
09/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Peladang kelapa sawit, pengekstrak dan pengeluar minyak telah berjanji dengan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri Thailand untuk cuba mengekalkan harga minyak sawit botol antara 64 (RM8.14) dan 66 (RM8.41) baht per liter (/L).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut laporan Thai PBS, wakil tiga pihak tersebut memberitahu wakil kerajaan bahawa ia boleh dilaksanakan semasa mesyuarat minggu lalu yang diketuai oleh ketua jabatan itu, Wattanasak Sur-iam.

Jabatan itu telah meminta kerjasama daripada industri minyak sawit domestik bagi mengelak daripada kerajaan mempertimbangkan untuk mengenakan larangan eksport minyak sawit atau mewajibkan peningkatan dalam stok keselamatan minyak sawit sebanyak 200,000 hingga 300,000 tan.

Menurut Wattanasak, ketiga-tiga pihak diberitahu bahawa larangan eksport mungkin dipertimbangkan jika stok minyak sawit tempatan jatuh di bawah 300,000 tan.

Pengekstrak minyak sawit Thailand bergegas menambah stok benih sawit mereka dengan jangkaan kenaikan harga selepas Indonesia memutuskan untuk mengharamkan eksport minyak sawit berkuat kuasa 28 April lalu.

Setakat 5 Mei, harga benih sawit yang digunakan untuk menghasilkan minyak sawit, meningkat kepada paras tertinggi baharu iaitu lebih sedikit 12 baht/kg (RM1.53/kg) di Surat Thani dan Krabi, dua pengeluar utama benih sawit.

Harga purata bagi benih sama pada sebulan lalu adalah 10 baht/kg (RM1.27/kg).

Kenaikan itu telah mendorong harga minyak sawit mentah daripada 55 hingga 56 baht/kg (RM7/kg hingga RM7.13/kg) kepada 59 hingga 62 baht/kg (RM7.51/kg hingga RM7.89/kg).

Bagaimanapun, harga minyak sawit botol semua jenama di kedai-kedai tempatan telah meningkat kepada antara 69/L (RM8.78) dan 70 baht/L (RM8.91).

-Kosmo Online

Tags: EKSPORTLarangan Eksportminyak sawitThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd