Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Bomoh ‘Islam’ Guna Pistol...

SEJAK sekian lama, ramai dalam kalangan masyarakat memilih kaedah rawatan secara saintifik berbanding...

KPDNHEP Cadang Bekalan Minyak...

HULU TERENGGANU – Kouta tambahan 10,000 tan metrik minyak masak peket bersubsidi dicadang...

Gempa Lombok Dedah Lokasi...

BONGKAR... Kejadian gempa kuat di Lombok, Indonesia baru-baru ini yang ragut ratusan nyawa,...

Alasan Tak Munasabah Seks...

Accra (Ghana) - Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini...

Thailand Kuat Kuasa Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

BANGKOK – Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kana-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 September.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS untuk mengelakkan kecederaan.

Di bawah pindaan undang-undang itu, membenarkan penggunaan CRS berharga antara 600 hingga 700 baht berbanding CRS yang harganya melebihi 10,000 baht setiap satu.

Selain itu, Thailand akan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar untuk pemandu dan semua penumpang depan dan belakang. Mereka yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda maksimum 2,000 baht.

Bagaimanapun, pemandu, penumpang dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dikecualikan daripada penggunaan tali pinggang keledar, tetapi mesti mengambil langkah alternatif untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan.

Pindaan itu diterbitkan dalam Warta Diraja dan berkuat kuasa pada 5 September.


Sementara itu, Pengerusi Rangkaian Serantau Asia-Pasifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Keselamatan Jalan Raya, Nikorn Chamnog menggesa pihak berkuasa untuk meningkatkan kesedaran dan panduan mengenai penggunaan CRS.

Nikorn berkata, Thailand mengkaji pengunaan CRS di Malaysia dan Filipina.

“Fasa awal pelaksanaan mungkin sukar kerana harga CRS yang mahal. Ia mungkin ambil sedikit masa,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menurunkan cukai import CRS dan mempromosikan produk tempatan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori