Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan Usir Duta Korea...

KEPUTUSAN kerajaan mengusir Duta Korea Utara keluar dari negara ini dianggap wajar selepas kegagalan...

Banjir Kilat Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa...

Kerana Bola Sepak Jadi...

KUALA LUMPUR - "Isu bola sepak Kelantan membawa saya hingga apa yang sedang...

Kawalan Sempadan Oleh AADK...

KUALA NERANG - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Padang Terap akan terus berkolaborasi...

Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung Terbakar Semula

Nibong Tebal : Tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di sini dilaporkan terbakar semula dalam kejadian malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan Sungai Bakap ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.34 malam berhubung insiden itu.

“Sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan keluasan seluas 200×200 kaki persegi dan kerja-kerja pengawalan menggunakan kaedah ‘fire break’ dilaksanakan bagi mengelak kemerebakan yang lebih luas.

“Tiada mangsa dalam kejadian ini dan usaha pemadaman serta pengawalan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, di sini.


Operasi pemadaman turut dibantu BBP dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang berdekatan.

Pada 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah Pulau Burung dilaporkan terbakar seluas 11.3 hektar sehingga menyebabkan kualiti udara di kawasan sekitar terjejas dan memberi risiko terhadap kesihatan.

Kebakaran terbabit juga menyebabkan kawasan itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana Tahap 1 berdasarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori