Sample Page Title

PETALING JAYA : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf penggunaan kanabis sebagai perubatan alternatif di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau berpandangan, sudah tiba masanya Malaysia mengikut jejak lebih 40 buah negara di seluruh dunia yang mengiktiraf penggunaan dadah tersebut bagi tujuan perubatan.

“Langkah diambil di negara lain juga perlu dilihat sebagai satu dorongan kumpulan kesihatan Malaysia menawarkan perubatan alternatif ini dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika hadir pada prosiding kes penyanyi dan komposer, Muhammad Yassin Sulaiman di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini bagi memberikan sokongan serta solidariti kepadanya.

Syed Saddiq yang juga Pengerusi Kaukus Medical Cannabis memberi beberapa ulasan umum berhubung penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan selepas prosiding kes tersebut.

“Badan kesihatan dunia seperti World Health Organisation (WHO) juga mengiktiraf penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan ini sebagai alternatif kepada para pesakit.

“Saya telah berjumpa dan melakukan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana saya mencadangkan untuk memberi kuasa kepada Jabatan Peguam Negara memberi pertimbangan lebih tinggi dalam isu penggunaan kanabis,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berpendapat, hakim-hakim perlu diberi lebih kuasa dan kelonggaran dalam menilai kes-kes berkaitan penggunaan kanabis untuk perubatan.


“Malah, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat kepada pesakit hanya kerana masalah kesihatan mereka memerlukan mereka untuk mencari perubatan alternatif seperti kanabis.

“Tindakan para pesakit mencari perubatan alternatif ini tidak boleh sesekali disamakan dengan jenayah bunuh seperti mengenakan hukuman gantung dikenakan,” tambahnya.

Sementara itu, katanya, Perdana Menteri akan membangkitkan isu berkenaan dalam Kabinet dan terdapat respon yang sangat positif berhubung isu tersebut.

“Tidak dinafikan, dalam perbicangan dengan Perdana Menteri sebelum ini mengundang pelbagai reaksi sosial. Justeru, kita jangan politikkan perkara ini dan cuma melihat dari segi data and sains,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan terus mengikuti perkembangan kes Muhammad Yassin dari semasa ke semasa dan berhubung rapat dengan keluarga penyanyi itu.

“Kes ini sudah pasti menjadi rujukan ahli-ahli Parlimen seperti saya dalam usaha mengkaji semula undang-undang berkaitan penggunaan kanabis dan hem untuk tujuan perubatan,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...