• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Dadah Bukan Petugas Pejabat Dun Gombak Setia

oleh Mohd Arshad
22/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Dakwaan yang tular dalam media sosial berhubung rampasan empat beg daun ketum di pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia adalah tidak benar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kira-kira pukul 10.45 malam kelmarin dilakukan di pekarangan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, dekat sini.

Kata beliau, menerusi operasi itu, seorang lelaki tempatan ditahan selain dua biji pil disyaki dadah eramin 5, satu botol dan lima bungkusan disyaki air ketum dirampas.

“Suspek berusia 29 tahun bukanlah petugas di pejabat penyelaras DUN Setia Gombak Setia.

“Rampasan dibuat dalam sebuah khemah di pekarangan Dewan Beringin dan bukan di dalam pejabat penyelaras DUN Gombak Setia seperti dakwaan yang tular,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Zainal, dewan terbabit adalah dewan serbaguna yang digunakan oleh masyarakat Taman Sri Gombak serta kawasan sekitarnya.

Katanya, suspek kini direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 12(2) Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar,” ujarnya.

Semalam, tular satu hantaran di media sosial menyatakan salah seorang staff Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia diberkas bersama empat beg ketum yang di simpan di dalam pejabat.

-Utusan Online

Tags: Petugas Pejabat Dun Gombak SetiaSuspek Dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd