Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bantuan Khas Aidilfitri Perlu...

KUALA LUMPUR - Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri...

Lebih Ramai Kaum Cina...

IPOH - Ditubuhkan pada 1 Jun 1958, pasukan Askar Wataniah telah berkembang dan...

Bukti 7 Fakta Jho...

MENJELANG Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali lagi...

Medan Magnetik Kutub Utara...

PERKARA ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan...

Serangan Di Tak Bai: Tiada Pembabitan Rakyat Malaysia

Kota Bharu : Tiada pembabitan rakyat negara ini dikesan dalam kejadian letupan bom dan tembakan senjata api di Tak Bai, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan insiden itu, pihaknya mempertingkatkan lagi kawalan dan memberi jaminan keselamatan negara berada dalam keadaan sangat baik.

Beliau juga percaya insiden jam 9.35 malam (waktu tempatan) itu tiada kaitan dengan aktiviti penyeludupan namun ia bergantung kepada hasil siasatan pihak berkuasa negara jiran.

“Kita akan tunggu hasil siasatan pihak sana (Thailand), tak boleh kata tidak terbabit tapi setakat ini tiada pembabitan orang kita dalam insiden di sana.

“Saya rasa, setakat pemerhatian kita, tiada kaitan dengan soal penyeludupan, tapi kita tengoklah siasatan dari negara jiran.

“Dari dulu lagi apabila kita buka saja sempadan, kita sudah memperketatkan kawalan bermula daripada lapisan pertama hingga ketiga. Saya jamin keselamatan rakyat kita dalam keadaan amat baik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Dalam serangan di sebuah balai polis marin di Tak Bai itu, tiga anggota keselamatan cedera selepas diserang oleh individu bersenjata api dan bom tangan.

Muhamad Zaki berkata, dari segi pergerakan orang ramai untuk keluar masuk ke dua negara ini, setakat ini ia tetap berlangsung seperti biasa dan tiada kekangan seperti yang didakwa.

Katanya, jika disebabkan insiden serangan itu sempadan kembali ditutup, ia seolah-olah memutuskan hubungan diplomatik antara kedua negara.

“Apabila pintu masuk sempadan sudah dibuka, mereka yang memenuhi kehendak itu iaitu ada pasport dan pas sempadan, kita tak boleh sekat (pergerakan keluar masuk) tapi kita kawal.

“Kita tidak mahu putuskan hubungan, kalau disebabkan insiden itu kita tutup semua, seolah-olah kita akur kepada benda begitu dan setakat ini tiada apa-apa perubahan kecuali jika ada arahan pihak atasan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori