• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAR Tumpu Cari Petunjuk Bau, Hurungan Lalat

oleh Mohd Arshad
17/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita dihanyutkan kepala air di Gunung Suku, dekat Simpang Pulai, di sini, yang diteruskan hari ini tertumpu kepada usaha mencari petunjuk seperti hurungan lalat dan langau, selain bau.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Malah, Timbalan Komander Operasi, Umrani Che Mat berkata, gerak kerja hari ini lebih berpandukan kepada peralatan seperti cangkul dan pengorek kerana pihaknya menganggarkan mangsa kemungkinan berada di bawah lumpur dan kayu dibawa air.

“Melalui pemerhatian semalam, kita menjumpai sebahagian badan mangsa itu pun berada di bawah timbunan kayu dan juga lumpur.

“Jadi kita lebih fokus kepada timbunan kayu yang kita jumpa, selain penemuan dari unit pengesan pencarian juga lebih berdasarkan kepada langau dan lalat memandangkan hari ini sudah masuk hari ketiga.

“Ini kerana kemungkinan langau dan lalat itu akan lebih tertumpu kepada bau (pada mangsa),” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Pos Atap Baru di sini hari ini.

Semalam pasukan menyelamat dilapor menemukan bahagian badan manusia dalam timbunan kayu pokok dipercayai milik seorang daripada pendaki terbabit.

Sehari sebelum itu, sebelah kaki dipercayai milik mangsa turut ditemui.

Beliau berkata, SAR dimulakan seawal jam 9 pagi membabitkan keseluruhan 63 anggota daripada pelbagai agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perhutanan Perak, Unit Anjing Pengesan (K9), selain dibantu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Selangor.

Beliau berkata, operasi hari ini dipecahkan kepada dua kumpulan dengan pencarian lebih teliti di laluan sejauh satu kilometer bermula dari kepala air di bahagian bawah sehingga ke bahagian atas di lokasi mangsa dijangka berada.

“Gerak kerja pagi ini masih dipecahkan kepada dua pasukan, cuma memandangkan laluan di atas itu agak sukar, jadi kita lebih fokus kepada bahagian bawah.

“Satu pasukan akan difokuskan kepada pencarian betul-betul di laluan kepala air di bawah dan satu lagi terus menjurus kepada lokasi penemuan yang mana kita jumpa sebahagian anggota mangsa semalam,” katanya.

Katanya, setakat ini masih belum ada menemui petunjuk baharu penemuan mangsa dan operasi SAR pencarian masih berjalan sehingga kini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, dua wanita iaitu See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, dilapor dihanyutkan kepala air ketika menyertai sekumpulan 29 pendaki Gunung Suku.

-Berita Harian

Tags: PetunjukSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aktifkan Semula Majlis Khas Jaminan Makanan

Next Post

Bekas Pengerusi 1MDB, Peguam Najib Bertekak Di Mahkamah

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post

Bekas Pengerusi 1MDB, Peguam Najib Bertekak Di Mahkamah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd