• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Kematian Pelajar UUM Belum Dipastikan

oleh Mohd Arshad
24/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU : Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung kematian seorang pelajar perempuan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Sabtu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kematian pelajar berusia 21 tahun itu namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pelajar terbabit dipercayai mengalami serangan sawan namun pihaknya masih menunggu laporan kimia berhubung kematiannya.

Sementara itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dalam kenyataannya berkata, pihak universiti masih menunggu laporan lanjut berhubung kematian pelajar perempuan terbabit.

Unit Komunikasi Korporat UUM dalam kenyataan itu berkata, pelajar terbabit, R Vinosiny adalah pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat).

Berikutan itu, pihak universiti melahirkan rasa dukacita dengan pemergian pelajar terbabit namun punca kematiannya masih belum diketahui setakat ini.

“Sehingga kini pihak universiti masih menunggu laporan penuh bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

“Namun, sebagai tanda keprihatinan, pihak UUM akan membantu meringankan beban keluarga mendiang dengan menyalurkan bantuan bersesuaian

“Naib Canselor dan seluruh UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” menurut kenyataan itu.

-Berita Harian

Tags: Pelajar UUMpunca kematianUUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Kematian Nidza Afham Belum Dikenal Pasti – KPN

Punca Kematian Nidza Afham Belum Dikenal Pasti – KPN

15/08/2024
0

SHAH ALAM : Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan elemen jenayah dalam kematian Muhammad...

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

07/05/2024
0

Universiti Utara Malaysia (UUM) berhujah laporan bedah siasat polis dan siasatan bebas Suruhanjaya Tenaga (ST) tidak menunjukkan bukti pelajar S...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd