• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thailand Tahan 7 Lelaki Terbabit Pemerdagangan Orang

oleh Mohd Arshad
08/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Polis Thailand menahan tujuh lelaki atas kesalahan memperdagangkan warga tempatan untuk aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Komander Bahagian Anti Pemerdagangan Orang, Biro Siasatan Pusat, Polis Diraja Thailand Kolonel Narong Tesswiboon berkata, mereka ditahan pada Khamis lalu selepas siasatan terhadap kes membabitkan 44 pekerja Thailand.

Mereka ditemui bekerja di atas kapal nelayan di Malaysia dan dihantar pulang pada September tahun lalu termasuk, tiga yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Lelaki yang ditahan itu termasuk pemilik bot dan tekong serta lima orang tengah yang mengumpan warga Thailand untuk bekerja di atas kapal nelayan asing.

Siasatan mendapati mereka dipaksa bekerja lebih masa dengan upah yang tidak setimpal, malah turut didera secara fizikal dan mental.

“Pekerja tidak dibayar, namun mereka diberi elaun sara hidup bulanan sebanyak RM100 untuk membeli barangan keperluan harian.

“Siasatan awal mendapati mereka diperdaya untuk bekerja (di atas kapal nelayan) di perairan Malaysia.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis Thailand akan bekerjasama dengan rakan sejawat di Malaysia,” katanya dalam satu sidang media.

Menurut satu paparan video, seorang lelaki Thailand menceritakan bagaimana dia ditipu dan dipaksa bekerja dalam keadaan yang amat buruk.

“Saya mahu pulang kerana tiada apa-apa untuk dimakan… Saya bekerja di bot nelayan selama lebih dua tahun.

“Saya tidak dibayar seperti yang dijanjikan sebaliknya saya bekerja seperti hamba,” katanya.

Bernama-

Tags: menangkap ikanpemerdagangan manusiaperairan Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Raih Emas Pertama Sukan SEA

Next Post

Vaksin COVID-19 Berasaskan Tumbuhan Beri Perlindungan 70 Peratus

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

Next Post

Vaksin COVID-19 Berasaskan Tumbuhan Beri Perlindungan 70 Peratus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd