• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pulau Pinang Keluarkan 9,685 Saman

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Polis Pulau Pinang mengeluarkan hampir 10,000 saman kepada pemandu atas pelbagai kesalahan dalam ‘Op Selamat 18’ peringkat negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang Superintendan Zafri Zolkapli berkata, antara kesalahan utama ialah memandu di lorong kecemasan; memotong di garisan berkembar, memotong barisan, melanggar lampu merah, menggunakan telefon semasa memandu dan memandu melebihi had laju.

“Sejak Op Selamat peringkat negeri bermula sehingga Rabu lalu, kami sudah mengeluarkan 9,685 saman.

“Dalam tempoh itu, 803 kemalangan dengan lapan kematian turut direkodkan,” katanya malam ini.

Zafri berkata, sebanyak 2.3 juta kenderaan dipercayai memasuki Pulau Pinang sejak Jumaat lalu.

“Secara keseluruhan, aliran trafik masih lancar di kebanyakan jalan. Bagaimanapun, trafik sesak di Lebuhraya Utara Selatan (NSE) berhampiran plaza tol Juru dan plaza tol Sungai Dua,” katanya.

Pada 18 April, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata, lima kesalahan lalu lintas utama termasuk melanggar lampu merah yang dilakukan dalam tempoh Op Bersepadu antara 29 April hingga 8 Mei tidak akan dikenakan kompaun.

Sebaliknya, kesemua kesalahan ini perlu diselesaikan di mahkamah.

Lima kesalahan lalu lintas utama adalah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal patuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan memotong barisan.

-Harian Metro

Tags: polisPulau Pinangsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd