Sample Page Title

MUAR : Perikatan Nasional (PN) menyokong usaha pembahagian kerusi melibatkan parti gabungan mereka dilaksanakan lebih awal sebagai persediaan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun pembahagian kerusi belum dibincangkan lagi sehingga kini, namun, ia akan dilakukan lebih awal bagi mencapai kesepakatan yang lebih baik.

“Apabila ia diputuskan lebih awal, maka kita dapat lebih jelas bentuk dan hala tuju kita dalam menghadapi PRU yang akan datang.

“Saya menyokong jika kita lebih cepat selesaikan pembahagian kerusi, sekali gus membolehkan jentera parti dan pimpinan parti dalam PN dapat menentukan kerusi masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Sukan Pagoh, hari ini.

Muhyiddin berkata, pada peringkat awal, pastinya akan timbul masalah seperti perebutan pembahagian kerusi dalam parti-parti gabungan.

“Jadi kalau kita boleh selesaikan awal masalah itu, kita boleh atasi supaya tidak mengganggu usaha untuk memenangi PRU akan datang.


“Contohnya kalau Pagoh ini Bersatu punya, maka jentera PN dan Bersatu akan bekerjasama. Kalau tidak, sampai saat akhir masa hari penamaan calon pun tidak akan tahu siapa calon dan kerusi apa yang bertanding.

“Seperti yang berlaku di sesetengah pilihan raya sebelum ini, isu-isu berbangkit tidak dapat kita selesaikan dan ia membawa kesan kepada keputusan pengundi yang akan keluar sama ada menang ataupun kalah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, PN masih belum ada perbincangan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH) untuk bergabung pada PRU15.

“Secara rasmi tidak ada, tapi inisiatif yang diambil oleh pihak-pihak tertentu sudah ada untuk bincang cara mengelakkan pertembungan dalam pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional (BN).

“Usaha satu lawan satu macam yang saya dah umumkan beberapa minggu yang lepas tapi itu belum sampai ke tahap yang dikatakan sudah selesai atau dapat keputusan,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...