Perikatan Nasional (PN) mendakwa parti-parti politik yang sanggup ‘bergabung’ mungkin menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Kerana bagi PN yang penting tidak ada satu pihak pun mempunyai majoriti mutlak kerana ia penyelesaian untuk membawa kestabilan.
Namun, jika PN yang memperoleh sokongan besar rakyat mungkin memberi kekuatan kepada kerajaan untuk menguruskan negara.
Maksudnya parti lain wajar bekerjasama dengan PN walaupun ia bermaksud tidak dapat bertanding dan berpeluang menang banyak kerusi.
Ia kerana hanya tanpa dominasi oleh mana-mana parti politik pada PRU-15 akan membawa kestabilan politik kepada negara.
Tetapi jika PN yang menjadi dominan pada PRU-15 ia adalah sesuatu yang baik kerana Malaysia memperoleh sebuah kerajaan yang kuat.
Kemungkinan daripada maksud kenyataan ini jika bukan PN yang dominan, maka parti lain tidak boleh dominan.
Hanya apabila PN dominan baru negara stabil. Jika PN tidak dapat dominan, parti lain kena kerjasama dengan PN supaya tiada sesiapa dominan.
Baru politik Malaysia akan stabil.
Istilah orang putih ini kenyataan “bullshit” (tahi lembu). Apa yang begitu hebat pada PN? PN yang pernah digelar sebagai kerajaan gagal.
Kerajaan PN yang gagal menguruskan pandemik dengan baik dan menyalahgunakan Ordinan Darurat untuk terus berkuasa.
Jika mahu disenaraikan satu persatu kegagalan kerajaan PN panjang lebar, tetapi masih kekal dan segar dalam ingatan rakyat.
Malaysia negara demokrasi. Mana-mana parti berhak untuk cuba menang banyak kerusi dan menjadi kerajaan dominan.
Sejarah sejak PRU-14 membuktikan tanpa parti dominan mengetuai pentadbiran kerajaan negara jadi huru-hara.
Terlalu banyak kapten dalam sebuah kapal dengan agenda berbeza merisikokan pelayaran. Bila-bila masa boleh terbabas dan karam.
Itu yang berlaku semasa negara dibawah pentadbiran kerajaan 22 bulan Pakatan Hadapan (PH) dan kerajaan 18 bulan PN.
Mengapa perlu memastikan dalam apa keadaan adalah kelebihan buat PN? Jika PN tidak menang besar tetap jadi kerajaan, tetapi jika PN menang besar PN yang berkuasa penuh.
Rumusannya mudah sahaja iaitu PN mahu parti lain bekerjasama dengannya kerana tidak yakin mampu menang PRU-15.
Jika parti lain tidak menentang PN, maka peluang PN untuk menang kerusi adalah cerah, malah barangkali berpeluang jadi kerajaan semula.
Sangat licik dan licin permainan PN macam belut..
-Mynewshub