• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Saran Penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia

oleh Mohd Arshad
29/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menyarankan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia, bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan dalam negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata pusat kajian itu boleh mengumpul data rujukan membabitkan semua bentuk kajian yang dilakukan ke arah memantapkan disiplin kewartawanan di Malaysia.

Katanya, pusat kajian itu juga boleh membabitkan interaksi dengan pelbagai bidang kemasyarakatan lain merentasi konteks budaya yang berbeza.

Bagi tujuan itu, beliau menyarankan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia berkenaan diwujudkan di negeri ini, dengan mengambil kira sejarah tempat bermulanya perkembangan dunia kewartawanan.

“Saya berharap pusat itu dapat dimanfaatkan oleh golongan akademik dan penyelidik, dalam menjalankan kajian sejarah serta perjalanan bidang kewartawanan di Malaysia dan juga di nusantara,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata bagi mengangkat kewartawanan sebagai profesion yang mulia dan dihormati, bakal wartawan perlu mendapat secukupnya latihan formal dalam membentuk kepakaran, tanggungjawab dan integriti.

Menurut Ismail Sabri, wartawan yang dilatih akan mempunyai integriti, mendokong etika serta berobjektif dalam menghasilkan laporan mereka untuk masyarakat.

Beliau berkata wartawan perlu mempunyai etika profesion yang dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas dengan berdisiplin serta bertanggungjawab, ke arah memartabatkan profesionalisme kewartawanan negara.

Selain itu perdana menteri turut menyarankan penubuhan sebuah persatuan dinamakan Persatuan Wartawan Malaysia bagi mewakili media cetak, media elektronik dan media Internet di negara ini.

Beliau berkata ia bagi memastikan etika kewartawanan dipelihara, profesion kewartawanan diperkasa dan kebajikan wartawan dijamin.

Ismail Sabri berkata bidang kewartawanan tidak terkecuali dilanda cabaran lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi semasa, apabila ledakan teknologi digital turut melahirkan ramai ‘wartawan segera’.

Perkara itu menurut Perdana Menteri menyebabkan berleluasanya berita palsu atau berita tidak benar dalam talian sehingga menggugat proses pembangunan negara.

“Saya berharap organisasi media dan wartawan dapat membantu menangkis dan menolak laporan tidak benar serta menyedarkan ‘wartawan segera’ supaya tidak lagi meneruskan perlakuan sedemikian.

“Wartawan di Malaysia perlu bersatu dan memainkan peranan ke arah penyaluran maklumat yang benar dan sahih sebagai cara menangani isu berita palsu yang berleluasa,” katanya.

Selepas dua tahun tidak diadakan kerana penularan COVID-19, HAWANA 2022 disambut di Melaka yang menyaksikan Deklarasi Melaka 2022 dibacakan.

Tarikh 29 Mei ditetapkan sebagai sambutan Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Bernama-

Tags: Ismail Sabri YaakobPusat Kajian Kewartawanan Malaysiawartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd