• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGA Lumpuhkan Sindiket Rokok Tidak Bercukai Bernilai RM2 Juta

oleh Mohd Arshad
10/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai dengan rampasan sebanyak 8,207 karton rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan di sebuah rumah sekitar Kepong Baru, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, serbuan pada pukul 11 pagi tersebut turut berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.

“Serbuan ini telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Briged Tengah PGA Cheras serta berjaya merampas pelbagai barangan termasuk rokok pelbagai jenama.

“Kita telah merampas 8,207 karton rokok, sebuah telefon bimbit dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Isuzu D Max yang disyaki digunakan untuk aktiviti pengedaran rokok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suspek merupakan ketua dalam sindiket terbabit dan hasil siasatan mendapati, suspek mendapatkan bekalan di sekitar kawasan Keramat, Kuala Lumpur. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,022,632.20.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar ibu negara yang menjadikan kediaman yang disewa di taman perumahan sebagai stor penyimpanan rokok.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok seludup dan polis turut menyeru masyarakat agar dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” jelasnya.

-Kosmo Online

Tags: PGASindiket Rokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd