Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini akan memutuskan sama ada Datuk Peter Anthony disabitkan atau dibebaskan daripada pertuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Keputusan terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu akan diumumkan oleh Hakim Azura Alwi esok.

Pada 18 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi memberi keterangan pada prosiding membela diri yang bermula pada 9 Februari lalu.

Pada 14 Disember 2021, mahkamah memerintahkan Peter, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pada perbicaraan lalu, pihak pendakwaan antara lain menghujahkan, Peter menggunakan ‘pintu belakang’ untuk mempengaruhi pihak lain agar projek penyelenggaraan di UMS diberikan terus kepada syarikat miliknya, Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. (Asli Jati) atau secara perkongsian pintar.

Hujah pendakwaan, tertuduh sepatutnya melalui proses tender terbuka dan bersaing secara adil bersama-sama syarikat lain bagi mendapatkan projek itu, bukannya menggunakan pengaruh yang dimilikinya.

Sementara itu, pihak pembelaan berhujah, siasatan yang dilakukan oleh tiga pegawai penyiasat adalah tidak rapi dan tidak teratur.


Hujah pembelaan, tiada siasatan lanjut dijalankan oleh pegawai penyiasat untuk mengesahkan kehadiran tertuduh di Pejabat Perdana Menteri pada tarikh berkenaan sama ada melalui buku pelawat atau rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Haresh Prakash Somiah dan Francine Cheryl Rajendram, manakala peguam S. Devanandan mewakili Peter.

Pada peringkat pendakwaan pula, seramai 15 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 5 April 2021.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...