• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perwakilan UMNO Dijangka Luluskan Tangguh Pemilihan Parti

oleh Mohd Arshad
09/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Usul meminda Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), dijangka akan diluluskan dengan mudah pada Persidangan Agung UMNO (PAU) Khas, Ahad ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia berikutan usul yang dicadangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada PAU bulan lalu, disokong sebulat suara oleh perwakilan yang hadir.

“Tidak ada gambaran usul itu tidak diluluskan perwakilan pada PAU Khas, Sabtu ini. Ini kerana perwakilan yang sama bersetuju dengan usul itu akan mengundi semula usul berkenaan.

“Hari itu sudah setuju, mengapa kali ini (PAU Khas) tak bersetuju pula. Saya menjangkakan usul berkenaan akan diluluskan dengan mudah. Ia sudah dibahas dan diluluskan pada PAU lalu.

“MKT juga sudah luluskan usul itu. Kalau nak bertelagah pun seharusnya dalam mesyuarat MKT, namun semua sudah bersetuju,” katanya kepada BH, hari ini.

Sabtu lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan akan membentangkan usul pindaan perlembagaan berhubung pemilihan parti akan diadakan selepas PRU berlangsung.

Pembentangan usul itu dilaporkan akan diadakan di hadapan 2,666 perwakilan pada PAU Khas, Ahad.

Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada 17 Mac lalu, mencadangkan supaya perlembagaan berhubung pemilihan parti itu dipinda.

Beliau dilaporkan berkata, pemilihan parti seharusnya diadakan hanya selepas setiap kali PRU bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-perandakan, melemahkan kesepaduan dan kekuatan parti.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, hanya usul berkenaan akan dibentang pada PAU Khas yang akan berlangsung mulai jam 1.30 petang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Katanya, walaupun usul berkenaan sudah diluluskan pada PAU lalu, ia perlu dilakukan mengikut prosedur Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Pindaan perlembagaan parti memerlukan perhimpunan agung luar biasa (EGM) dan sebab itulah UMNO adakan PAU Khas, Ahad ini.

“Notis PAU Khas juga sudah dihantar kepada semua 2,666 perwakilan sejak sebulan yang lalu,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan PAU Khas itu, Ahmad berkata, semuanya sudah disiapkan dan hanya menanti PAU Khas yang persiapannya sudah bermula sejak dua minggu sebelum Aidilfitri lalu.

“Setakat ini, kita sudah terima lebih 2,000 pengesahan perwakilan yang akan hadir dan kita jangkakan kehadiran 100 peratus.

“Setiap bahagian akan menghantar 14 orang wakil termasuk Ketua bahagian. Pada PAU Khas itu akan turut berlangsung sambutan Hari UMNO dan sambutan Hari Raya.

“PAU Khas bermula pada jam 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang sebelum diikuti sambutan hari UMNO dan sambutan Aidilfitri,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Pemilihan PartiTangguh Pemilihan PartiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat negeri ini agar terus mempertahankan semangat perpaduan dan...

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd