Sample Page Title

STRASBOURG, PERANCIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan bahawa Ukraine mungkin akan mengambil masa sehingga berpuluh-puluh tahun untuk diterima sebagai ahli Kesatuan Eropah (EU), lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menerusi ucapannya di Parlimen EU di Strasbourg, Macron turut mencadangkan agar Ukraine menyertai satu ‘komuniti Eropah yang selari’, ketika menanti keputusan daripada kesatuan itu.

Menurut beliau, ia akan membolehkan negara bukan ahli untuk tetap menyertai pakatan keselamatan blok Eropah dalam cara lain.

“Kita semua jelas bahawa proses untuk meluluskan (Ukraine) menyertai EU akan mengambil masa selama bertahun-tahun atau mungkin mencecah puluhan tahun.

“Itulah kebenarannya, melainkan kita membuat keputusan untuk merendahkan piawaian bagi menerima penyertaan ahli baharu dan memikirkan semula perpaduan di rantau ini,” katanya.

Tambah Macron, Ukraine perlu mempertimbangkan untuk menyertai ‘komuniti Eropah yang selari’, dan bukannya sekadar menanti permohonan bagi keahlian EU diluluskan.


“Ia adalah satu cara untuk menyatukan negara-negara yang secara geografinya berada di Eropah dan berkongsi nilai-nilai bersama kita,” ujarnya.

Kenyataan Macron itu dikeluarkan selepas Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan bahawa eksekutif EU akan mengeluarkan pendapat awalnya berkaitan bidaan Ukraine untuk keahlian pada Jun ini.

Ukraine telah memulakan proses untuk memohon sebagai ahli EU pada Februari lalu, empat hari selepas pencerobohan Rusia.

Pegawai Kiev kelmarin mengesahkan bahawa negara itu telah menghantar bahagian kedua bagi permohonan keahlian EU kepada Brussels.

Kebiasaannya, sesebuah negara akan mengambil masa selama bertahun-tahun dalam rundingan keahlian pakatan itu, di mana calon-calon perlu membuktikan bahawa ia memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, daripada demokrasi dan kedaulatan undang-undang kepada ekonomi yang kukuh.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Logo PAS Atau PN, Tunggu Mesyuarat – Sanusi

ALOR SETAR : Keputusan sama ada Pas akan menggunakan logonya sendiri atau bertanding menggunakan...

Kerajaan Akan Kaji Undang-Undang Kebankrapan – PM

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan bagi membantu golongan yang...

KPLB Tunggu Kelulusan MOF Naikkan Elaun Pembantu Tabika Kemas

KUALA NERUS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan...

Keputusan Kes Rasuah Bekas Exco Johor Ditangguh 7 Ogos

JOHOR BAHRU : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan kes bekas Exco...

Gambar Tunku Ismail, Cools Cetus Spekulasi

KUALA LUMPUR : Tindakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan...

Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut Rakyat: Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI - Pembangkang diingatkan tidak menjadi talam dua muka dalam menyatakan sesuatu isu...