• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentadbir Sekolah Kena Beri Perhatian Serius Jangkitan HFMD

oleh Mohd Arshad
24/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan mengarahkan pentadbir sekolah di seluruh negara supaya memberi perhatian serius terhadap jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terutama dalam kalangan murid sekolah rendah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Menteri II, Datuk Mohamad Alamin turut meminta kerjasama ibu bapa supaya mengambil langkah sama memastikan anak mereka tidak dijangkiti penyakit berkenaan dalam usaha mencegah penularan di sekolah.

Beliau berkata, pihak kementerian mengambil perhatian serius berhubung penularan penyakit berkenaan yang dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini dan sedia mengambil apa saja tindakan perlu berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Di Sabah, sebanyak 2,834 kes HFMD dilaporkan membabitkan kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah. Ini bermakna ada sebahagian daripada mereka adalah murid sekolah.

“Jadi, saya meminta ibu bapa dan pentadbir sekolah mengambil perhatian mengenai perkara ini dengan menjaga kebersihan dan mengambil langkah pencegahan mengikut nasihat KKM supaya tiada penularan berlaku di sekolah.

“Kita mengambil perhatian mengenai perkara ini dan saya juga bimbang kerana kes yang dilaporkan ini banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai langkah diambil Kementerian Pendidikan bagi memastikan jangkitan HFMD tidak menular ke sekolah.

Dalam hal lain, Mohamad juga meminta pegawai pendidikan dan guru supaya turut memberi perhatian terhadap perkara berkaitan isu pendidikan atau sekolah yang ditular melalui media sosial.

Katanya, walaupun perkara yang ditularkan itu tidak berasas atau tidak tepat, ia perlu diambil tahu supaya boleh diberikan perhatian yang sewajarnya.

“Ini kerana sekarang ramai netizen mengadu melalui media sosial. Walaupun kadangkala ia tidak berasas dan tidak tepat, kita mesti ambil tahu, jadi perlu juga kita lihat media sosial ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, Kementerian Pendidikan akan mencari langkah sesuai untuk memperkasa pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) supaya lebih bersedia apabila melanjutkan pengajian ke luar negara.

Katanya, ketika ini ada lulusan STAM yang berjaya mendapat tempat di universiti luar negara gagal menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran baharu menyebabkan mereka terkandas.

“Kita akan cuba cari jalan untuk meningkatkan keupayaan pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran baharu di luar negara kerana STAM ini laku di luar negara,” katanya.

-Berita Harian

Tags: HFMDJangkitan HFMDPentadbir SekolahPerhatian SeriusSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd