• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Untuk Warga Berusia 40 Tahun Ke Atas

oleh AK-47
28/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata KKM menyasarkan 1.5 juta orang berumur 40 tahun ke atas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini, diberi pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian darah dalam najis (FOCB) untuk kanser kolorektum dan saringan kanser payudara di klinik awam dan swasta.

“Kita kini perlu melihat banyak prosedur perubatan dan pembedahan yang tertunda sejak dua tahun lepas dan salah satunya adalah pemeriksaan kesihatan. Jumlah saringan kesihatan kita sejak dua tahun lepas memang menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perhimpunan Strategic Roundtable on Behavioural Sciences for Better Health, Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75 di Geneva, Switzerland, semalam.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), satu daripada lima orang dewasa atau 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes; manakala tiga daripada 10 atau 6.4 juta orang mempunyai tekanan darah tinggi; dan empat daripada 10 orang atau lapan juta orang mengalami kolesterol tinggi.

Khairy berkata KKM sedang menimbang untuk memperluaskan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk NCD, termasuk untuk menetapkan tarikh janji temu pemeriksaan kesihatan.

Beliau yang juga Naib Presiden WHA ke-75 seterusnya menegaskan bahawa sains tingkah laku kini merupakan barisan pertahanan pertama dalam sistem kesihatan Malaysia kerana ia memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik Covid-19.

Sehubungan itu Khairy berkata pelaburan dalam unit tingkah laku adalah penting bagi setiap kementerian, pertubuhan atau kerajaan untuk mengumpul data, dan KKM telah menubuhkan unit baru yang memfokuskan kepada kajian dorongan tingkah laku selain mempunyai Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IHBR).

Beliau turut berkongsi pengalaman dan kejayaan Malaysia tentang bagaimana sains tingkah laku menyokong tindak balas negara terhadap Covid-19, sambil menjelaskan bahawa tiga fokus utama memberi kesan terhadap sains tingkah laku, iaitu mempunyai komunikasi yang jelas dan meyakinkan, mengeluarkan arahan yang boleh dilaksanakan, dan membentuk dorongan.

WHA, badan pentadbir utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ialah acara tahunan yang menghimpunkan menteri kesihatan, ketua pengarah kesihatan dan pakar dalam bidang itu, untuk mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan dasar, program, WHO, hala tuju, komitmen dan strategi baru mengenai penjagaan kesihatan.

-Malaysia Kini

Tags: Pemeriksaan Kesihatanpercuma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Argentina Sahkan Kes Pertama Cacar Monyet Di Latin Amerika

Next Post

32.5 Peratus Kanak-Kanak Lengkap Vaksinasi Covid-19

Related Posts

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

13/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan kesemua 222 Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan....

Kaedah Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji Kekal Seperti Sebelumnya

Kaedah Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji Kekal Seperti Sebelumnya

21/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal jemaah haji Malaysia...

Next Post

32.5 Peratus Kanak-Kanak Lengkap Vaksinasi Covid-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd