Sample Page Title

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) secara rasmi menarik balik larangan eks­port minyak masak dan minyak sawit mentah yang akan berkuat kuasa esok, lapor laman berita Merdeka.com.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Sehubungan itu, pertubuhan peladang kelapa sawit Indonesia turut menyambut baik dan me­nyampaikan ucapan terima kasih kepada Jokowi berhubung keputusan berkenaan.

Penghargaan itu ditujukan oleh Kesatuan Peladang Kelapa Sawit (SPKS), Apkasindo Perjuangan, Forum Petani Kelapa Sawit Lestari Indonesia (FORTASBI), Persatuan Pekebun Kecil Perkebunan Kelapa Sawit (ASPEKPIR), Persatuan Forum Petani Kelapa Sawit Indonesia (POPSI), Kesatuan Peladang Indonesia (SPI) serta Jaringan Petani Kelapa Sawit Lestari Indonesia (Japsbi).

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada Presiden Joko Widodo yang secara rasmi menarik balik larangan eksport minyak sawit mentah yang akan berkuat kuasa pada 23 Mei ini,’’ demikian kenyataan tersebut.

Menurut Pengerusi Apkasindo, Alpian Arahman, keputusan itu mengambil kira kelestarian nasib 17 juta pekerja sawit selain membantu menormalkan sistem perdagangan minyak sawit Tandan Buah Segar (TBS) untuk petani kelapa sawit di seluruh Indonesia.

“Mereka mengalami masalah dari segi harga yang turun secara drastik di bawah purata 2,000 rupiah (60 sen) sekilogram dan sekatan ke atas pembelian TBS yang dibuat oleh beberapa syarikat di Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi,’’ kata Alpian.


Sementara itu, Pengerusi Popsi, Pahala Sibuea turut menyokong idea Jokowi yang mahu merombak prosedur dan peraturan Badan Pengurusan Dana Perkebunan Sawit (BPDPKS).

“Kita juga melihat BPDPKS merupakan salah satu kunci kepada penambahbaikan urus tadbir kelapa sawit di Indonesia, contohnya pada masa akan datang BPDPKS mesti fokus kepada institusi sokongan petani kelapa sawit di seluruh Indonesia,” kata Pahala.

Pahala menjelaskan, setakat ini BPDPKS hanya digunakan untuk kepentingan konglomerat biodiesel.

Menurutnya, ia dapat dilihat daripada 137.283 trilion rupiah (RM41.06 bilion) dana BPDPKS dari 2015 hingga 2021 dengan majoriti sekitar 80.16 peratus daripada dana itu hanya untuk subsidi biodiesel milik konglomerat minyak sawit.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PH Selangor Sedia Gabung BN Hadapi PRN

SHAH ALAM : Pakatan Harapan Selangor tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional...

Segerakan Perolehan MRSS: Yazid

LUMUT - Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada 2024...

PM Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis...

Hukuman Penjara Farid Kamil Diketepikan

Putrajaya : Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan...

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap...

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...