Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Di Sungai...

KINABATANGAN - Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika menyeberangi Sungai Segaliud...

Pengguna Lega Harga Telur,...

Masjid Tanah : Pengguna menarik nafas lega berikutan tiada kenaikan harga ayam dan...

DAP Akan Cabar Pelucutan...

MIRI - DAP Sarawak akan membawa ke mahkamah bagi mencabar kesahihan pelucutan kelayakan...

7 Perkara Penumpang Flight...

MELANCONG ke sesebuah destinasi dengan menaiki kapal terbang merupakan sesuatu yang menerujakan, namun...

Peguam: Pengampunan Diraja Adalah Hak Keperlembagaan Bekas Tentera

Pengampunan diraja terhadap bekas tentera yang dihukum oleh Mahkamah Tentera adalah satu hak keperlembagaan, kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Isu penting berkait konsep kedaulatan undang-undang berhubung pemakaian pengampunan diraja terhadap mana-mana hukuman Mahkamah Tentera adalah satu hak keperlembagaan bekas pegawai tentera.

“Ia diharap dilaksanakan dengan konsisten dan efisien oleh pihak berkuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang menjadikan permintaan ‘suara veteran’ satu permintaan berasas,’ katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Hanif Katri mengulas laporan Malaysiakini berhubung rayuan seorang bekas pegawai tentera yang digugurkan dari perkhidmatan melalui tindakan disiplin mahkamah tentera.

Dalam dokumentasi hitam putih pemberhentian Joraymi Jamaluddin, dicatat status dibuang dengan keji (dismissed with disgrace).

Baca: Hari-hari kelam seorang kapten yang ‘dibuang secara keji’


Joraymi yang merupakan bekas kapten Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga menyokong penuh perhimpunan aman Veteran Bangkit pada 6 Jun ini di ibu kota yang bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Antara tuntutan dalam perhimpunan aman tersebut adalah untuk mewujudkan lembaga pengampunan bagi membawa kes mahkamah tentera kepada perhatian Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu Hanif Katri berkata, dalam isu berkenaan adalah amat penting untuk ATM, menteri pertahanan, menteri parlimen dan undang-undang serta peguam negara membuat penyelidikan rapi berhubung rungutan itu.

“(Penyelidikan itu) secara khususnya jika benar tidak ada mana-mana hukuman kes Mahkamah Tentera yang ditampilkan untuk dipohon pengampunan diraja sejak tahun 1974, iaitu sejak 48 tahun lalu, pihak berkenaan perlu mempercepatkan pembetulan kesemua ketinggalan itu, jika ada.

“Ia demi hak dan kepentingan kesemua bekas anggota tentera yang dikenakan hukuman oleh Mahkamah Tentera adalah dipelihara sebaiknya di sisi Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori