Sample Page Title

JOHOR BAHRU – Parti Bangsa Malaysia (PBM) memaklumkan pihaknya masih belum menerima borang keahlian daripada Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Naib Presiden Muda PBM, Muhammad Saiful Bahari Sahari bagaimanapun mengesahkan Pejabat Setiausaha Agung PBM telah menerima permohonan daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia itu.

Menurut beliau, borang keahlian masih belum dapat diserahkan kerana Zuraida sedang berada di luar negara bagi mengikuti lawatan rasmi.

“Pejabatnya (Zuraida) ada menggunakan pejabat Setiausaha Agung PBM dan nyatakan pendirian untuk beliau menyertai, tetapi buat masa ini borang keahlian masih belum dapat diberikan.

“Dia kini berada di Turki untuk satu lawatan rasmi, selepas itu dimaklumkan dia akan ke Greece pula dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 2 Jun ini.


“Jadi kemungkaran besar urusan pendaftaran keahliannya akan diselesaikan selepas itu,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Zuraida mengumumkan pendiriannya untuk keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai PBM setelah membuat pertimbangan dengan teliti dan mendalam.

Tambah Muhammad Saiful Bahari, pihaknya melihat keputusan dibuat Zuraida itu akan memberi kesan positif kepada parti berkenaan yang dilihat masih baharu dalam arena politik tempatan.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...