• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Harap Lebih Banyak ‘Jeda Kemanusiaan’ Di Ukraine

oleh Mohd Arshad
04/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berharap Ukraine dan Russia akan mengadakan lebih banyak ‘penghentian sebentar atau jeda’ dalam konflik kini bagi tujuan kemanusiaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata, ia seperti pengambilan langkah yang telah membolehkan kira-kira 100 orang awam Ukraine dibawa keluar dari kilang keluli Azovstal, baru-baru ini.

Terdahulu, Palang Merah bersama PBB memaklumkan bahawa seramai 101 orang awam dibawa keluar dari terowong kilang berkenaan di bandar Mariupol yang teruk dibedil, namun memberi amaran bahawa masih ada yang terperangkap.

Ia adalah evakuasi pertama yang selesai membabitkan orang awam dari kilang keluli gergasi itu di mana tentera Ukraine serta orang awam terperangkap dan bersembunyi selama berminggu-minggu selepas pasukan Russia mengepung serta menyerang bandar terbabit.

“Saya berharap penyelarasan berterusan dengan Kyiv dan Moscow akan membawa kepada lebih banyak ‘jeda kemanusiaan’ yang membolehkan orang awam diselamatkan daripada pertempuran, serta bantuan disampaikan kepada golongan sangat memerlukan,” kata Guterres dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara khusus lokasi yang dimaksudkannya berhubung perkara itu.

Sementara itu, penyelaras kemanusiaan PBB untuk Ukraine, Osnat Lubrani pada sidang media melalui video dengan wartawan di ibu pejabat PBB di New York turut berharap agar evakuasi yang dilaksanakan pada hujung minggu lalu itu boleh diulangi di tempat lain.

“Di kilang Azovstal, terdapat orang awam yang masih terperangkap dan sebahagian daripada mereka berkemungkinan takut untuk keluar.

“Sesetengah daripada mereka berkemungkinan tidak mampu bertahan,” katanya yang bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah khusus mereka yang masih berada di kilang itu.

Beliau menegaskan, perlu ada pembabitan tambahan dan berterusan antara kedua-dua pihak dengan sokongan PBB serta Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), untuk terus mencari dan merancang pelaksanaan usaha sedemikian bagi menyelamatkan nyawa di Ukraine.

Ditanya sama ada terdapat evakuasi lain yang sedang dirancang di Ukraine ketika ini, beliau memaklumkan tiada.

-Berita Harian

Tags: Krisis Rusia-UkrainePBBUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd