• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAPSMA Tolak Monopoli Pengambilan Pekerja Asing

oleh AK-47
14/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) lega apabila kerajaan menghentikan sementara sistem digital pengambilan pekerja asing selepas beberapa kali membangkitkan isu sama sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Agungnya, Dr Sukumaran Nair berkata, proses pengambilan kini berjalan dengan sangat lambat dan beliau berpendapat sistem tersebut tidak seharusnya mengambil alih tugas kerajaan.

Tegasnya, PAPSMA juga mencadangkan pengambilan yang adil, beretika dan tanpa sebarang monopoli dalam proses pengambilan pekerja asing.

“PAPSMA menolak sebarang kegiatan berbentuk sindiket dan monopoli yang ditetapkan mana-mana negara dalam pengambilan dan penempatan pekerja asing ke Malaysia.

“Sindiket pengambilan seperti itu telah menimbulkan pemerdagangan manusia dan buruh paksa pada masa lalu termasuk Malaysia pada era 2015 hingga 2017,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah Sukumaran, beliau percaya akan ada perubahan besar untuk proses pengambilan pekerja asing selepas Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) itu ditangguhkan.

Kerajaan akan merangka satu mekanisme komprehensif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing. – Gambar hiasan
Dalam pada itu, PAPSMA menggesa kerajaan bertemu pemain industri untuk mencari penyelesaian melicinkan proses pengambilan tanpa mengabaikan dasar dan peraturan ditetapkan kerajaan.

“Malaysia kini mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kelewatan dalam proses kelulusan dan pengambilan pekerja asing ke dalam sektor yang amat memerlukan.

“Memorandum kerajaan dengan negara lain nampaknya tertangguh terutamanya dalam pengambilan pekerja asing walaupun kerajaan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tahun lepas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sukumaran mengakui terkejut apabila proses pengambilan memakan masa lama sedangkan banyak sektor mengalami kekurangan pekerja yang agak ketara sejak pandemik melanda.

-Sinar Harian

Tags: monopoliPAPSMAPengambilan Pekerja Asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Didenda Gara-Gara Memakai Kurta Semasa Majlis Hari Raya

Next Post

Pemandu Treler Nahas Tragis 5 Pelajar USAS Dijangka Didakwa Seawal Selasa

Related Posts

Jangan Anggap Pengambilan Pekerja Asing Fenomena Tetap – Anwar

Jangan Anggap Pengambilan Pekerja Asing Fenomena Tetap – Anwar

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Majikan diminta untuk menggunakan kaedah mekanisasi bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing di negara ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana...

K’jaan Digesa Batal Pembekuan Sementara Pengambilan Pekerja Asing

K’jaan Digesa Batal Pembekuan Sementara Pengambilan Pekerja Asing

13/08/2022
0

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang akan membekukan sementara permohonan pengambilan pekerja asing selama dua minggu,...

Next Post

Pemandu Treler Nahas Tragis 5 Pelajar USAS Dijangka Didakwa Seawal Selasa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd