• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kritik Lantikan Politik AG, Ketua Pesuruhjaya SPRM Oleh PH

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas perdana menteri Najib Razak mengkritik lantikan politik yang dibuat pentadbiran PH dalam debat dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menjawab soalan yang dikemukakan Anwar berhubung integriti dan ketelusan ketika pentadbirannya, Najib membangkitkan keputusan kerajaan PH pada 2018 untuk melantik peguam Tommy Thomas sebagai peguam negara dan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

“Kalau kita nak elakkan rasuah, jangan lantik seorang yang anggap dirinya lantikan politik untuk jadi peguam negara.

“Tak berlaku dalam sejarah negara peguam negara adalah lantikan politik.

“Yang mengejutkan, ketua pesuruhjaya SPRM juga lantikan politik. Daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kemudian jadi ketua pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Kenyataan itu ketika sesi soal jawab di mana Anwar meminta Najib menjelaskan apa yang terjadi kepada hasratnya untuk melakukan transformasi dalam kerajaan ketika mengetuai pentadbiran negara.

Dalam percubaannya untuk meremehkan pendirian antirasuah Anwar, Najib berkata lantikan politik juga menjejaskan integiriti PH.

“Jika benar nak lawan rasuah, (untuk) integriti, tak boleh ada pendakwaan terpilih.

“Jika benar nak lawan rasuah…Jangan pilih bulu,” kata Najib.

Sementara Najib mengkritik lantikan politik oleh PH, pentadbirannya sendiri didakwa melakukan langkah sama pada 2015 terhadap tiga pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Mereka termasuklah bekas peguam negara Abdul Gani Patail, yang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat wang RM2.6 bilion dalam akaun banknya dan juga kes SRC International.

Gani digantikan Mohamed Apandi Ali atas sebab kesihatan ketika siasatan berjalan, justeru menimbulkan dakwaan ada usaha menutup perkara itu.

Pada Januari 2016, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan.

Turut disingkirkan pada 2015 adalah Abu Kassim Mohamed sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dan Zeti Akhtar Aziz. Kedua-duanya anggota pasukan petugas yang diketuai Abdul Gani.

Dzulkifli Ahmad dilantik mengetuai SPRM. DIa didakwa melambatkan siasatan terhadap 1MDB.

Rakaman yang didedahkan SPRM pada awal 2020 pula menunjukkan semasa bertugas di Pejabat Peguam Negara bersama Apandi, Dzulkifli telah menyuarakan kebimbangan terhadap Najib berhubung siasatan 1MDB yang dijalankan SPRM.

-Malaysia Kini

Tags: Debat Anwar-NajibKetua Pesuruhjaya SPRMLantikan Politik AGnajibPHSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden menyindir keputusan Anthony Loke Siew Fook yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd