• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan Ubah Jadual Sembarangan

oleh AK-47
11/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah menggubah jadual penerbangan secara sembarangan tanpa penghantaran notis yang mencukupi kepada pengguna.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sejajar dengan mandat untuk menegakkan hak pengguna, Mavcom telah mengarahkan syarikat penerbangan mengemukakan semua data yang relevan mengenai gangguan jadual penerbangan sepanjang tempoh perayaan dari 29 April hingga 9 Mei 2022 bagi mendapatkan pandangan yang objektif, tepat dan komprehensif mengenai keadaan tersebut.

Ini termasuk jadual penerbangan sebenar berbanding jumlah penerbangan yang dijadualkan semula oleh semua syarikat penerbangan yang telah berlaku semasa tempoh perayaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC), syarikat penerbangan dikehendaki menyampaikan sebarang perubahan status penerbangan kepada pengguna secepat mungkin.

“Untuk kelewatan dua jam atau lebih, syarikat penerbangan yang beroperasi mesti bertanggungjawab dalam menyediakan makanan, panggilan telefon dan akses internet.

“Selain itu, bagi kelewatan lima jam atau lebih, syarikat penerbangan harus menyediakan penginapan, jika diperlukan serta pengangkutan. Sekiranya masa penerbangan yang dijadualkan semula tidak memenuhi tujuan perjalanan pengguna, bayaran balik tiket penerbangan juga harus dibuat oleh syarikat penerbangan,” jelasnya.

Pengerusi Eksekutif Mavcom Saripuddin Kasim berkata pengguna yang menghadapi kelewatan atau masalah penerbangan dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya diminta membuat aduan rasmi kepada syarikat penerbangan berkenaan.

“Selain itu, pengguna digalakkan untuk mengemukakan aduan mereka kepada Mavcom melalui laman web FlySmart di www.flysmart.my atau aplikasi mudah alih FlySmart bersama-sama dengan dokumentasi yang berkaitan bagi memudahkan penyiasatan.”

“Pada masa yang sama, Mavcom sedang memperhalusi MACPC untuk memperkemas serta menambah baik lagi perlindungan pengguna, terutamanya dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya.”

“Isu ini merupakan perkara yang mendesak dan Mavcom akan terus memastikan pemain industri kekal mematuhi MACPC dan hak-hak pengguna terus ditegakkan,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: Mavcomsiasatsyarikat penerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian 2 Penuntut Di Kondominium: Polis Siasat Elemen Buli

Kematian 2 Penuntut Di Kondominium: Polis Siasat Elemen Buli

22/08/2025
0

Kuala Lumpur: Polis menyiasat kemungkinan wujud elemen buli berhubung kematian dua penuntut sebuah kolej swasta dalam kejadian berasingan di sebuah...

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd