• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Perdana Haji TH Dianjur Secara Berperingkat Seluruh Negara

oleh Mohd Arshad
22/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 15 Mei hingga 29 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Kursus Perdana Haji itu adalah kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus haji yang dikendalikan oleh TH di seluruh Malaysia.

Seramai 14,306 bakal haji Malaysia menunaikan haji pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata objektif utama penganjuran Kursus Perdana Haji adalah bagi melahirkan jemaah haji berpengetahuan dan berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji kelak.

“Bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa’ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan bagi memberi gambaran sebenar di Tanah Suci. Melalui kursus ini, kami tunjukkan mereka suasana sebenar sepanjang ibadah itu dilakukan kelak,” katanya.

Beliau turut menyarankan semua bakal haji yang terpilih tahun ini hadir ke Kursus Perdana yang akan diadakan di negeri masing-masing.

“Ambil peluang ini untuk mengulang kaji dan jika ada sebarang persoalan, bertanya terus kepada pegawai TH dan pembimbing ibadat haji yang sentiasa bersama bakal haji semasa kursus berlangsung,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menasihati bakal jemaah haji untuk berganding bahu, menghormati antara satu sama lain dan mengelakkan sebarang kekecohan bagi memastikan ibadat haji yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar.

“Yang paling penting, para bakal haji perlu menjaga kesihatan bermula sekarang. Lakukan senaman ringan dan minum air secukupnya agar kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci.

“Dalam situasi wabak yang masih belum pulih, kebersihan diri perlu diutamakan dan jika tidak sihat, segeralah ke klinik TH untuk mendapatkan rawatan bagi mengelak ia berlarutan,” katanya.

Seramai 2,700 jemaah dari Selangor menyertai Kursus Perdana Haji 2022 yang dianjurkan oleh TH dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Berita Harian

Tags: Hajikursus perdana hajiKursus Perdana Haji THTH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd