• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Pantau Caj Tambahan Potong Ayam

oleh Mohd Arshad
19/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau aduan ada peniaga ayam mengenakan caj tambahan upah memotong ayam supaya tiada pihak mengambil peluang mengenakan caj tidak berpatutan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata bagaimanapun pengenaan caj tambahan upah potong itu tidak termasuk dalam harga kawalan.

Katanya, pihaknya akan memantau bagi memastikan harga ayam yang dijual kepada pengguna tidak terlalu tinggi daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM8.90 bagi setiap kilogram.

“Kita nak beritahu jika upah itu berpatutan kita boleh terima namun kalau setiap sekilo sampai lebih RM1 itu mungkin agak terlalu tinggi kepada pengguna.

“Jadi walaupun upah tidak dalam harga kawalan kita, kita kawal, pantau juga untuk pastikan harga ayam itu tidak terlalu tinggi daripada harga yang kita telah tetapkan,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Logo Barang Kawalan dan Barang Subsidi serta Perhimpunan Bulanan di Dewan Serbaguna, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan BH hari ini mengenai keluhan pengguna di sekitar Johor Bahru apabila peniaga ayam mengenakan caj tambahan berkenaan.

Alexander berkata, pengenaan caj sedemikian boleh dibenarkan untuk kerja memotong ayam yang sepatutnya dijual secara bulat, namun peniaga ayam tidak seharusnya mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang tinggi.

-Berita Harian

Tags: ayamcaj tambahanKPDNHEPpantau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selangor Peruntuk RM1.5 Juta Laksana Insentif Haji Muassasah

Next Post

Kerajaan Timbang Permudah Visa

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Next Post

Kerajaan Timbang Permudah Visa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd