KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai perancangan untuk melakukan imunisasi vaksin secara besar-besaran membabitkan virus cacar monyet (monkeypox).
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sekiranya perlu, ia hanya akan diberikan kepada kontak rapat kepada kes berkenaan dan pekerja kesihatan yang merawat mereka.
“Namun pada masa sama, ini adalah perkara yang membabitkan strategi negara dan saya dapat tegaskan di sini KKM mempunyai stok penimbal untuk keadaan seperti ini.
“Maksudnya kita bersedia jika virus cacar monyet ini menular dalam negara,” katanya dalam sidang media secara maya dari Geneva, Switzerland, hari ini.
BHonline-