MELAKA : Malaysia mungkin perlu mengambil pendekatan memudahkan urusan permohonan visa bagi merancakkan kemasukan pelancong asing ke negara ini.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata, sektor pelancongan memerlukan masa untuk menarik lebih ramai pengunjung luar berikutan beberapa negara masih bersedia melonggarkan sekatan Covid-19.
Katanya, ini kerana Malaysia banyak bergantung kepada kehadiran pelancong dari China, India dan negara-negara arab.
“Persoalan adakah kita mampu capai angka tahun 2019? Semua ini akan mengambil masa. Mungkin kita perlu memudahkan urusan visa untuk mereka masuk.
“Tapi China belum buka lagi (sempadan) dan itu satu cabaran. Begitu juga Iran yang perlu diberi kelonggaran visa. Perkara ini akan dibincangkan bersama agensi-agensi yang bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Jerayawara Dasar Kebudayaan Negera di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Sementara itu, mengenai kehadiran pelancong pada fasa peralihan endemik, Santhara memberitahu, seramai 500,000 pelancong asing memasuki negara ini sejak 1 April lalu.
“Jumlah itu dijangka meningkat selepas jumlah penerbangan antarabangsa dijangka melonjak sehingga 300 peratus,” jelasnya.
-Utusan Online

