• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Kes Bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun Ini

oleh AK-47
19/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Samirah Muzaffar dan kedua-dua remaja tersebut berkata pihaknya dihubungi oleh mahkamah tersebut pada 17 Mei lalu bagi memaklumkan tarikh baharu keputusan di akhir kes pendakwaan itu.

“Tarikh baharu untuk keputusan kes ditetapkan pada 21 Jun 2022, jam 9 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 30 Mei untuk keputusan tersebut.

Pada 14 Feb lalu, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; Dr Prashant Sanberker serta pengawal keselamatan kediaman si mati Raju Kumar Pandit.

Perbicaraan bermula pada 6 Sept 2019.

Samirah, 47, serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

-Harian Metro

Tags: Cradle FundKes Bunuh CEO Cradle Fund
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rayuan Kes Dadah Farid Kamil Ditangguh, peguam Terlibat Bicara Ahmad Zahid

Next Post

PM Umum Bantuan Kepada Pesawah

Related Posts

Lelaki Bunuh, Bakar Bapa Saudara

Lelaki Bunuh, Bakar Bapa Saudara

19/04/2024
0

Ranau : Seorang lelaki dipercayai bukan sahaja membunuh malah membakar saudaranya sendiri sebelum serpihan tulang mangsa ditemukan dalam hutan di...

Cradle Fund, Microsoft Bangunkan Ekosistem Pemula Niaga

Cradle Fund, Microsoft Bangunkan Ekosistem Pemula Niaga

09/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjalin kerjasama...

Next Post

PM Umum Bantuan Kepada Pesawah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd